Saturday, January 26, 2008

Perhatian !!!




Salam kepada semua PERKASA !!!!

Kenape ye? tak ramai orang nak tengok blog ni. Owh! tau, tau .. ni mesti sebab takde gambar kem tu kn? hmm? ye ke??? huhu, tak pe.. tak pe...gif
Minta maaflah sangat. Sekarang ni still dalam proses nak cari n post gambar. Jadi, nanti bile dah dapat semua gamba kem PERKASA daripada brother sham, barula boleh dipostkan di sini.
Walau apa-apa pun, diharapkan agar dapat memberi sedikit pendapat atau komen dalam blog ni. Tak pun, sekurang-kurangnya tulislah sesuatu dalam chatbox tu,ye?
Jangan risau.. Insya Allah nanti adela gambar-gambar PERKASA tu nanti. Sabar ye?

Hah!Lagi satu!!!! ingin diumumkan kepada remaja PERKASA mengenai mesyuarat yang akan dijalankan untuk berbincang mengenai program kem remaja PERKASA-2.


*MESYUARAT PERKASA

Meeting tersebut akan berjalan pada :-

Tarikh : 9 Febuari 2008

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Time Training Services, Serdang



-sumayyah
*ni menurut maklumat yg sy dpt. jd, kalo slh sori tau.. hehe ^-~

Saturday, January 12, 2008

Hijrah Perjuangan

Di hening malam kota Mekah
Rasul berkelana
Dilindung Allah di perjalanan
Di situ sejarah hijrah Rasullah
Bermula menuju kota Madinah
Ingin janjikan sebuah kemenangan

Dikejar musuh dibelakang
Sembunyi di Gua Thur
Dipelihara keselamatan
Menguji kesetiaan seorang sahabat
Bersandar pada mukjizat nabi
Suatu ketakjuban

Hijrah perjuangan
Demi kebenaran menuju kejayaan

Berhijrah menyusun langkah yang lebih teratur
Merancang perjuangan
Berhijrah bukanlah mengundur ke belakang
Tapi mengumpul kekuatan

Fikirlah sebentar



Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali

Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada dalam keadaan yang terburuk dalam hidupnya

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa

Dan ketika kita sedang bersedih dan berada di dalam kesusahan, senyumlah dan berterima kasih kepada Allah bahawa kita masih hidup!!!!

-sumayyah

Thursday, January 10, 2008

Hijrah 1429



slm thn baru..

team PERKASA mengucapkan kepada semua rakan 2 PERKASA dan rakan 2 yg belum PERkasa lg ......Salam Maal Hijrah 1429

Marilah tahun ini kita mengotakan azam kita...janji kita untk memperkasakan diri kita dgn ilmu yg bermanfaat dan amal yang berterusan..Hidup PERKASA dan Mati BERJASA!!!
-ikrimah

Tuesday, January 8, 2008

intro


salam ceria, salam perkasa!

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum pd semua rakan-rakan remaja PERKASA...moga sentiasa ceria, bersemangat dalam meneruskan hari-hari yang mendatang. Tepuk, tepuk, tepuk semangat! PERKASA!!!!