Friday, October 17, 2008

Ramadhan ..., Syawal

Ramadhan ... jelas ternyata bezanya di antara zaman kita dan zaman Rasullah S.A.W


-Mereka gembira dengan kedatangan Ramadhan, kita gembira dengan pemergiannya.
-Malam mereka meriah disimbah Nur al-Quran, tapi malam kita muram berkabung dengkur.
-Mereka berlumba mengejar makrufah, tapi kita lesu diburu nafsu.
-Hati mereka bercahaya digilap taqwa, tapi hati kita gelap didera dosa.
-Takbir mereka takbir kemenangan, takbir kita lesu tak berdaya .. tanda kalah, lemah, dan puasa sekadar lapar dan dahaga.

Tibanya bulan Syawal ini pula...

Ingatlah bahawa Hari Raya adalah bagi mereka yang bertaqwa kepada Allah S.W.T di bulan Ramadhan. Dan sesungguhnya kita belum tentu layak untuk mengikut sama menyambut Hari Raya ini. Malulah kita pada diri sendiri kalau kita bukan orangnya.


Bagi muslimin yang membaca ini, selamat hari raya aidulfitri diucapkan. Moga Ramadhan kita yang seterusnya lebih baik supaya kita lebih layak untuk menyambut kedatangan bulan Syawal.


selamat aidilfitri Pictures, Images and Photos

Assalamu alaykum...