Monday, November 10, 2008

: : Bagai Melepaskan Bersin Di Tangga : :

Pasti sebelum ini anak-anak sering mendengar peribahasa "bagai melepaskan batuk di tangga". Tetapi, pada kali Pak Cik Berlipur Lara membawakan suatu peribahasa yang baru serta lebih kontemporari. Kisah Bahri memang sesuai untuk anak-anak ambil iktibar daripadanya :~

Pada zaman dahulu, tinggallah Bahri sekeluarga di sebuah kampung terpencil yang di beri nama Kampung Telur Mata Kerbau. Bahri pada ketika ini berumur sepuluh tahun. Seluruh Kampung Telur Mata Kerbau berada di bawah naungan Sultan Syeikh Mahzufar Shakiriin. Suatu hari, Bahri merantau ke Nagara Arab untuk mempelajari Ilmu Agama. Lapan tahun sudah berlalu, Bahri pulang ke Kampung Telur Mata Kerbau. Kedua-dua orang tuanya mati kerana dibunuh perompak setahun sebelum Bahri pulang. Selepas itu, Bahri menyara diri dengan menjadi Ustaz untuk mengajar orang-orang di kampungnya. Pada suatu hari, penasihat diraja telah mati kebuluran kerana tercekik tulang ayam. Sejurus kematian penasihat itu, Sultan terus mengumumkan kekosongan pangkat bagi menggantikan Penasihat Diraja. Bahri serta merta telah dicalon untuk meraih tempat itu. Oleh kerana tiada orang lain yang dicalonkan, Bahri menang tanpa bertanding. Sultan mengarahkan Bendahara untuk membantu Bahri meyesuaikan diri dalam selok belok undang-undang diraja. Namun, Bendahara juga mati kebuluran kerana tercekik tulang ayam. Tinggallah Bahri sendiri untuk mempelajari selok-belok urusan istana. Aral melintang datang tanpa diundang, Kampung Telur Mata Kerbau telah diserang oleh pihak musuh. Sultan mengarahkan Bahri menjadi kepala angkatan tentera untuk melawan pihak musuh. Bahri juga mendapat tahu bahawa dalam kalangan mereka terdapat durjana yang membunuh kedua-dua orang tuanya. Bahri yang sedang mengalami tekanan dek urusan semasa dan pembunuhan Ibu Bapanya mengambil Peluang ini untuk melepaskan tekanan. Dengan kekuatan tentera seramai 30 orang, Bahri merempuh pihak musuh yang berjumlah 100 orang. Tentera Bahri berjaya menumpaskan 62 orang tentera musuh. Dengan kudrat yang masih tersisa, Bahri berjuang bermati-matian untuk mempertahankan kampungnya dan pada masa yang sama untuk membunuh balik orang yang telah meragut nyawa Ibu dan Bapanya. Bahri hanya mengalami luka di lengan. Selepas peristiwa itu, Bahri berjaya menumpukan perhatian untuk menabur khidmat pada Sultan. Seluruh naungan Sultan Syeikh Mahzufar Shakiriin berada di dalam keadaan harmoni.

Begitulah kisah Bahri. Mudah-mudahan, anak-anak mendapat manafaat daripadanya. Seperti mana yang Bahri alami kita perlu menyelesaikan suatu masalah yang membebani sepanjang hidup kita untuk menumpukan perhatian pada kerja yang kita lakukan. Kita perlu fokus untuk menuruni anak tangga. Namun, jika kita tidak melepaskan bersin yang tertahan, kita mungkin akan tergelincir atau jatuh. Tugas untuk menuruni anak tangga pasti dapat kita lalui dengan mudah sekiranya tiada gangguan.

AMARAN : dilarang menggunakan peribahasa ini di dalam karangan anda kerana markah anda akan ditolak sekiranya anda berbuat demikian.


Sunday, November 2, 2008

Masa adalah sebahagian dari rawatan.....

Imam as-syahid Hasan Al-Banna...
seorang mujadid yang pandai menguruskan masanya malah sejak dari sekolah rendah lagi... pada cuti persekolahan di peringkat menengah, beliau telah mengisi waktu paginya dengan menelaah dan mengkaji buku ilmiah sebagai bekalan pengetahuan... di waktu dhuha, selepas menunaikan solat dhuha , beliau belajar kemahiran membaiki jam dan bercita-cita untuk membuka kedai jam sebagai bekalan kewangan....pada sebelah malamnya pula beliau menghadiri majlis-majlis sebagai bekalan pemikiran.. keesokan harinya beliau bangun malam untuk menguatkan ruhani agar bisa menghadapi haari seterusnya sebagai dae'i murabbi yang mahir.......

Di waktu cuti ini adalah masa yang paling bahaya bagi mereka yang tidak pandai menyusaun waktunya, namun hanya satu perkara yang bisa menyelamatkan kita... iaitu IMAN!!!!!
Kalaulah kita betul-betul beriman dan dapat merasai kemanisan iman yang disebut oleh baginda S.A.W
1.orang yang medahului allah dan meletakkan allah di hadapan di setiap ketika
2.orang yang menyanyangi sahabatnya atas dasar kerana allah taala dan sanggup bekorban apa shj tak kira masa, harta kerana allah yang dia cintai
3.orang yang takut dan benci untuk kembali pada jahiliyah sepertimana ia takutkan masuk ke neraka....yang jadi persoalannya adakah kita takutkan neraka sepertimana para sahabat dulu takutkan....

akhir kata... ingatlah hadith arrasul s.a.w,,,"qulamantu billah summastaqim"
---berimanlah pada allah kemudian berISTIQAMAHLAH...-------


Ya Allah, aku memohon padamu cintamu, cinta orang-orang yang mencintaimu serta melazimi amalan yang membawa kepadaMu,,,,,,,,,,,,,,,,