Friday, February 19, 2010

All New PERKASA

Salam alaykum kepada semua para PERKASA dan bagi yang belum lagi PERKASA.. PERKASA kini berwajah baru!

KEM PERKASA TITANIUM


Tarikh : 13 Mac - 15 Mac 2010

Tempat : Kem Herba Sg. Congkak, Hulu Langat, Selangor

Yuran : RM 95.00

Jika berminat,sila hubungi..
Hazman - 0192525298 (ASA EXPLORE TRAINING & CONSULTANCY)
Amir
- 0133101246 (ASA EXPLORE TRAINING & CONSULTANCY)



HIDUP PERKASA, MATI BERJASA !

- sumayyah

Friday, October 23, 2009

: : Derita Si Gadis Palestina- Siri3 : :

9 Tahun Kemudian
Aku kini berumur 14 tahun. Prestasiku pelajaranku agak lambat peningkatannya. Aku tidak pandai dalam bidang pelajaran dan keilmuan. Namun, aku seakan memahami setiap apa yang diajari di dalam setiap kelas pembelajaran. Aku amat meminati kelas Sastera. Setiap kata dan sajak yang dibaca oleh Ustazah Sofia lembut menyentuh. Ditambah pula dengan alunan, lentok, gaya bahasanya serta semangat yang digandingkan sewaktu pembacaannya benar-benar menjadikan seuntai sajak seakan mengalir di dalam hatiku. Namun, aku tidak mampu menulis, mencipta ataupun mendeklamasikan sajak.

Pernah di dalam kelas Sastera, aku dipinta menulis sebaris sajak di hadapan kawan-kawan. Tanganku memegang sebatang kapur. Aku membaca baris pertama yang ditulis sahabatku. Tanganku kaku tidak tercetus untuk bergerak. Masih statik di titik putih. Aku merapatkan badan sedikit ke papan hitam. Aku menangis. Ustazah bangkit daripada kerusi dan memegang bahu kananku dengan tangan kanannya. Ustazah Sofia memusingkan badanku dan dia duduk melabuhkan lututnya di lantai. Aku berusaha menyembunyikan air mataku daripadanya.

" Kalau Halawah tak boleh buat, tidak mengapa.. Halawah boleh cakap kat Ustazah.. Jangan paksa diri.. ", Ustazah Sofia memandang mata kelabuku yang jernih.


Jam 12 tengah hari
Di rumahku
Ustazah Sofia melambai tangan dan beransur pergi. Aku mencuka muka. Masih tidak berpuas hati. "Itu bukan salahku!", bentakku dalam hati.

"Kenapa ni Halwati.. Sedih je mama tengok....", ibuku menyapa daripada belakang.

Tangan mama sejuk sekali. Pasti sedang membasuh kain.


Imbas kembali
"Hei Halawah!.. Kamu tidak punyai cinta kepada Palestin.. Kerna itulah kamu tak mampu membuat (sajak) walau sebaris.. Apatah syahid pula untuk kau capai~", Humaira' celupar sekali.

Aku mendidih darah panas. Nafasku menderau. Jangan- - - -

"Cuba kau bayangkan sahaja, Hamra' (dikira panggilan menghina).. Dunia ini adalah syurgamu.. Kerana akhirat adalah nerakamu!.. Kunci syurgamu akan ku pegang sehingga kau merayu agar diampuni!!.. Hingga itu!!..", bicara iman tidak sempat menghalang amarah Halawah

Ustazah Sofia terkejut dengan bahasa Halawah.


Di rumahku

Aku tak mahu menceritakan kepada mamaku bahawa betapa apa yang terjadi, bertentangan dengan harapannya. Lengan bajuku disinsing. Tudungku disangkut sekejap pada paku di dinding.




"Mama tengah basuh kain ke?.. Halawah toong yea?..", aku terus melangkah ke bilik air belakang.


"Halawah~", mama memanggil, kakiku berhenti.



"Ya~ Ada apa mama~".



"Takpelah.. Kemudian sajalah mama cakap..", seperti tidak sanggup berkata sesuatu.



Aku tersenyum dan kembali menyambung langkah. Ke bilik air belakang, mencuci pakaian.



Bersambung...

Sunday, August 30, 2009

Jasa dan Kasih Ibu Tiada Nilainya ..





Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :-

1) Tolong pergi kedai : RM4.

2) Tolong jaga adik : RM4.

3) Tolong buang sampah : RM1.

4) Tolong kemas bilik : RM2.

5) Tolong siram bunga : RM3.

6) Tolong sapu sampah : RM3.

Jumlah :
RM17.


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama..

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -
PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -
PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu -
PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -
PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -
PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.