Wednesday, January 14, 2009

: : Derita Si Gadis Palestina- Siri2 : :

Sebahagian besar daripada keluarga dan sanak-saudaraku menjadi jentera-jentera Allah. Jentera pertahanan negaraku Palestina. Saban dentuman yang kedengaran kuharap ada yang meraih Syahid serta Pahala.

Degala dentuman yang menyapa bumi seakan sudah menjadi lumrah. Aku tidak ingat bila kali pertama aku mendengar dentuman itu. Seakan nafas yang menghembus masuk dan keluar tanpa kusedari bila permulaannya. Apa yang aku tahu, aku mengimpikan setiap dentuman bakal menjadi dentuman terakhir yang kudengari. Bukan kerana aku tidak mampu mendengar lagi, tetapi kerana Yahudi Laknatullahi 'Alaihi Ajma'in sudah pupus dari muka bumi tanpa ada sesiapa mahu mencatat nama yang KEJI itu dalam helaian kertas yang jauh lebih mulia.

Di Sekolah
Aku memerhati raut wajah saudara-saudara seMuslimku yang penuh senyuman. Ada yang tinggi badannya, ada pula yang rendah badannya. Dan insan yang rendah itu adalah aku. Kasihan pula aku melihat beberapa orang sahabatku yang sudah berparut di muka. Semua pembiayaan persekolahanku percuma. Guru-guruku bekerja tanpa gaji meski hakikatnya mereka dibayar dengan suatu nilai yang cukup tinggi iaitu pahala serta berkat keikhlasan.

" Nurul Halawah Iman.. Siapakah yang bernama Nurul Halawah Iman ?.. ", Ustazah Sofia bertanya.
" Sa.. Saya, Ustazah.. ", aku megangkat tangan sambil tersipu-sipu.
" Inikah gadis comel yang bernama Nurul Halawah Iman.. Kamu berwajah manis, semanis namamu.. ", aku mengangguk kecil sambil memandang ke bawah kerana malu.

Itulah kali pertama namaku disebut oleh orang lain selain Ayah dan Ibuku.



Bersambung...

Monday, January 12, 2009

: : Derita Si Gadis Palestina- Siri1 : :

Detik Permulaan
Darah merah pekat memancut keluar dengan banyaknya. Kedengaran sekali-sekala suara teriakan seorang wanita terhumban keluar dari celah-celah gigi yang diketap rapat. Mataku terasa silau disuluh cahaya. Dadaku terasa sejuk seakan dihembus angin antartika. Suaraku tangisanku mulai kedengaran di setiap ruangan yang mengalirkan gelombang bunyi. Kemudian, tubuhku dibasahkan dengan air suam yang cukup memberikan keselesaan kepadaku. Setelah itu, tubuhku dibaluti kain putih dan tangisanku perlahan-lahan menghilang.

Tubuhku dipeluk mesra dalam dakapan kasih sayang seorang ayah. Mataku masih terpejam. Aku langsung tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Kedengaran suara-suara insan berbisik kegembiraan sambil melafazkan tinta-tinta pujian kepada Rabbul 'Izzati. Aku didukung ke suatu sudut yang terpancar cahaya Sang Purnama dari sebuah lubang. Dari situ, aku dapat merasakan angin bayu malam yang menghembus keluar dan masuk menerusinya. Dan..

" Allahu Akbar, Allahu Akbar.. ", laungan Iqamat kedengaran mengetuk gegendang telinga kiriku.

Alunannya kuhayati hingga ke lafaznya yang terakhir. Setelah itu, badan mongelku dilabuhkan di dalam dakapan bonda tercinta. Terasa bibir bonda mengucupi dahiku.

5 Tahun Kemudian
Hari ini, tepat 14 Rejab 1417. Aku genap umurku 5 tahun. Tahun ini, bonda menyuruhku ke sekolah untuk mempelajari ilmu Allah untuk membantu saudara-saudaraku yang sedang berjuang di sebalik tembok. Berjuang mempertahankan bumi tumpah darahku, Bumi Palestina.




Bersambung...