Friday, December 5, 2008

: : Kenapa Bulan Bulat Ayah? : :

Aku terduduk ke belakang lantaran terlalu sedih. Sedih kerana isteri tersayang pula pergi meninggalkanku akibat penyakit denggi. Belakangan ini, semuanya tidak berpihak kepadaku. Sepanjang tahun. Semuanya berlaku seakan tidak adil kepadaku. Jatuh tersungkur kubangkit kembali dengan sisa keimanan Allah Maha Adil. Namun, aku bukan hambamu yang setabah Nuh. Aku tidak sekuat Ibrahim. Pada permulaan derita ini, satu-satunya anakku meninggal dunia akibat kemalangan. Tiada keluarga. Pada ketika ini, aku benar-benar terasa seperti Ghuraba' (orang asing). Tiga bulan kemudian, telefon bimbitku hilang. Jika kerana harganya mahal, itu tidak mengapa. Tetapi, di situlah semua nombor contact teman-teman yang sering menyokong aku daripada futur (putus asa di jalan dakwah). Kini, cuma Allah tempat pergantunganku. Hidupku lebih banyak dihabiskan merintih di atas tikar Sejadah. Menangis sambil membilang manik-manik zikir. Terkadang sampai tertidur aku dalam tangisan.


Sesekali aku mengenang peristiwa silam. Sewaktu aku sekeluarga makan angin di kaki bukit. Aku bersama anakku, Bahri bersiar-siar di kedinginan malam sekitar pukul 10 malam. Aku memerhati di kejauhan keindahan lampu bandar yang halus. Tidak lama kemudian isteriku muncul bersama segulung tikar dan bekalan makanan. Aku membaringkan diri di atas tikar sedang isteriku sekadar bersimpuh. Sedang Bahri menjamah sandwich telur. Mulut 5 tahunnya tidak mudah untuk menggigit roti. Aku tertawa kecil melihatnya.

"Tengok~.. Lily, kesian tengok Bahri.. Mulut dia tak cukup besar.. Tak muat nak masuk.. Hik hik..".
"Teruk la ayah ni.. Gelakkan pulak.. Hik hik..", isteriku, Laiyla tertawa kecil sambil menutup mulut.
"Meh sini !.. Ayah tolong penyekkan".

Aku meletakkan sandwich yang bergigi-gigi itu di atas pinggan polisterin dan aku penyekkan dengan sepiring pinggan lagi.

"Nah!..", aku memberikannya pada Bahri.
"Tapi Ayah.. Dah lembik roti ni..", Bahri menunjuk roti yang sudah meliuk.
"Wah~.. Ayah, cantiknya.. Bahri tak pernah tengok bulan..", Bahri bingkas bangun sambil di tangnnya masih memegang roti.

Awan berarak beransur-ansur memberi ruang untuk Sang Purnama menyinari dengan kerahmatan daripada Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat. Aku benar-benar tidak menyangka bahawa malam itu malam punama. Aku memicit jam tanganku dan ia benar-benar menunjukkan 15 haribulan Syawal. Aku mengajarkan anakku dengan kalimah kesucian "Fatabarokallahu ahsanul khooliqiin".

"Ayah~.. Kenapa bulan bulat Ayah?..", Bahri tiba-tiba mengajukan soalan.
"Sebab.. Dah Allah ciptakan macamtu..", aku tergamam dengan soalan itu.
"Cuba Bahri bayangkan bulan bentuk bintang.. Macam mana nak raya..", tiba-tiba terpacul perkataan itu daripada mulutku.
"Taklah ayah.. Bulan macam hati, bulat maknanya sempurna.. Hati kenalah macam tu.. Tak boleh putus asa, terima semuanya dengan positif.. Barula cantik.. Allah sentiasa kurniakan apa yang baik untuk kita..", bait ayat Bahri seumpama kerasukan roh wali sufi.
"Whoa !.. Ni ke ana aku ?!.. Masya'Allah..", aku bermonolog di dalam hati.
"Pandainya anak ayah.. Dah boleh jadi ustat ni..".
"Ayah Shin Chan yang cakap macam tu.. Bahri tiru je..", rahsia terbongkar.
"Ayah Shin Chan cakap cam tu ?!..", aku agak kehairanan.
"Taklah.. Ayat yang belakang tu Ustazah kat tadika ajar..", rupa-rupanya Bahri mengcopy-paste ayat yang didengarinya.
"Dahlah ayahnya.. Bahri nak makan tu..", Lily di belakang memotong stim.
"Hah.. makan tu jangan lupa baca doa..", aku sempat berpesan.
"Ha alah.. Bahri lupa.. Bismillahirrahmanirrahim.........".
".............".
".............".

Kenangan lampau masih indah. Dan ianya pasti lebih indah jika bisa disentuh sekali lagi. Namun kenangan lalu hanya mampu dikenang tanpa bisa diunduri. Kembali aku bersemangat bila teringat kata-kata Bahri. Semuanya harus diterima dengan positif. Sekali lagi kuulangi, aku harus bangkit dengan segala kepositifan. Dan perkara itu akan sentiasa kuulangi, AKU HARUS BANGKIT DENGAN SEGALA KEPOSITIFAN.


Monday, November 10, 2008

: : Bagai Melepaskan Bersin Di Tangga : :

Pasti sebelum ini anak-anak sering mendengar peribahasa "bagai melepaskan batuk di tangga". Tetapi, pada kali Pak Cik Berlipur Lara membawakan suatu peribahasa yang baru serta lebih kontemporari. Kisah Bahri memang sesuai untuk anak-anak ambil iktibar daripadanya :~

Pada zaman dahulu, tinggallah Bahri sekeluarga di sebuah kampung terpencil yang di beri nama Kampung Telur Mata Kerbau. Bahri pada ketika ini berumur sepuluh tahun. Seluruh Kampung Telur Mata Kerbau berada di bawah naungan Sultan Syeikh Mahzufar Shakiriin. Suatu hari, Bahri merantau ke Nagara Arab untuk mempelajari Ilmu Agama. Lapan tahun sudah berlalu, Bahri pulang ke Kampung Telur Mata Kerbau. Kedua-dua orang tuanya mati kerana dibunuh perompak setahun sebelum Bahri pulang. Selepas itu, Bahri menyara diri dengan menjadi Ustaz untuk mengajar orang-orang di kampungnya. Pada suatu hari, penasihat diraja telah mati kebuluran kerana tercekik tulang ayam. Sejurus kematian penasihat itu, Sultan terus mengumumkan kekosongan pangkat bagi menggantikan Penasihat Diraja. Bahri serta merta telah dicalon untuk meraih tempat itu. Oleh kerana tiada orang lain yang dicalonkan, Bahri menang tanpa bertanding. Sultan mengarahkan Bendahara untuk membantu Bahri meyesuaikan diri dalam selok belok undang-undang diraja. Namun, Bendahara juga mati kebuluran kerana tercekik tulang ayam. Tinggallah Bahri sendiri untuk mempelajari selok-belok urusan istana. Aral melintang datang tanpa diundang, Kampung Telur Mata Kerbau telah diserang oleh pihak musuh. Sultan mengarahkan Bahri menjadi kepala angkatan tentera untuk melawan pihak musuh. Bahri juga mendapat tahu bahawa dalam kalangan mereka terdapat durjana yang membunuh kedua-dua orang tuanya. Bahri yang sedang mengalami tekanan dek urusan semasa dan pembunuhan Ibu Bapanya mengambil Peluang ini untuk melepaskan tekanan. Dengan kekuatan tentera seramai 30 orang, Bahri merempuh pihak musuh yang berjumlah 100 orang. Tentera Bahri berjaya menumpaskan 62 orang tentera musuh. Dengan kudrat yang masih tersisa, Bahri berjuang bermati-matian untuk mempertahankan kampungnya dan pada masa yang sama untuk membunuh balik orang yang telah meragut nyawa Ibu dan Bapanya. Bahri hanya mengalami luka di lengan. Selepas peristiwa itu, Bahri berjaya menumpukan perhatian untuk menabur khidmat pada Sultan. Seluruh naungan Sultan Syeikh Mahzufar Shakiriin berada di dalam keadaan harmoni.

Begitulah kisah Bahri. Mudah-mudahan, anak-anak mendapat manafaat daripadanya. Seperti mana yang Bahri alami kita perlu menyelesaikan suatu masalah yang membebani sepanjang hidup kita untuk menumpukan perhatian pada kerja yang kita lakukan. Kita perlu fokus untuk menuruni anak tangga. Namun, jika kita tidak melepaskan bersin yang tertahan, kita mungkin akan tergelincir atau jatuh. Tugas untuk menuruni anak tangga pasti dapat kita lalui dengan mudah sekiranya tiada gangguan.

AMARAN : dilarang menggunakan peribahasa ini di dalam karangan anda kerana markah anda akan ditolak sekiranya anda berbuat demikian.


Sunday, November 2, 2008

Masa adalah sebahagian dari rawatan.....

Imam as-syahid Hasan Al-Banna...
seorang mujadid yang pandai menguruskan masanya malah sejak dari sekolah rendah lagi... pada cuti persekolahan di peringkat menengah, beliau telah mengisi waktu paginya dengan menelaah dan mengkaji buku ilmiah sebagai bekalan pengetahuan... di waktu dhuha, selepas menunaikan solat dhuha , beliau belajar kemahiran membaiki jam dan bercita-cita untuk membuka kedai jam sebagai bekalan kewangan....pada sebelah malamnya pula beliau menghadiri majlis-majlis sebagai bekalan pemikiran.. keesokan harinya beliau bangun malam untuk menguatkan ruhani agar bisa menghadapi haari seterusnya sebagai dae'i murabbi yang mahir.......

Di waktu cuti ini adalah masa yang paling bahaya bagi mereka yang tidak pandai menyusaun waktunya, namun hanya satu perkara yang bisa menyelamatkan kita... iaitu IMAN!!!!!
Kalaulah kita betul-betul beriman dan dapat merasai kemanisan iman yang disebut oleh baginda S.A.W
1.orang yang medahului allah dan meletakkan allah di hadapan di setiap ketika
2.orang yang menyanyangi sahabatnya atas dasar kerana allah taala dan sanggup bekorban apa shj tak kira masa, harta kerana allah yang dia cintai
3.orang yang takut dan benci untuk kembali pada jahiliyah sepertimana ia takutkan masuk ke neraka....yang jadi persoalannya adakah kita takutkan neraka sepertimana para sahabat dulu takutkan....

akhir kata... ingatlah hadith arrasul s.a.w,,,"qulamantu billah summastaqim"
---berimanlah pada allah kemudian berISTIQAMAHLAH...-------


Ya Allah, aku memohon padamu cintamu, cinta orang-orang yang mencintaimu serta melazimi amalan yang membawa kepadaMu,,,,,,,,,,,,,,,,

Friday, October 17, 2008

Ramadhan ..., Syawal

Ramadhan ... jelas ternyata bezanya di antara zaman kita dan zaman Rasullah S.A.W


-Mereka gembira dengan kedatangan Ramadhan, kita gembira dengan pemergiannya.
-Malam mereka meriah disimbah Nur al-Quran, tapi malam kita muram berkabung dengkur.
-Mereka berlumba mengejar makrufah, tapi kita lesu diburu nafsu.
-Hati mereka bercahaya digilap taqwa, tapi hati kita gelap didera dosa.
-Takbir mereka takbir kemenangan, takbir kita lesu tak berdaya .. tanda kalah, lemah, dan puasa sekadar lapar dan dahaga.

Tibanya bulan Syawal ini pula...

Ingatlah bahawa Hari Raya adalah bagi mereka yang bertaqwa kepada Allah S.W.T di bulan Ramadhan. Dan sesungguhnya kita belum tentu layak untuk mengikut sama menyambut Hari Raya ini. Malulah kita pada diri sendiri kalau kita bukan orangnya.


Bagi muslimin yang membaca ini, selamat hari raya aidulfitri diucapkan. Moga Ramadhan kita yang seterusnya lebih baik supaya kita lebih layak untuk menyambut kedatangan bulan Syawal.


selamat aidilfitri Pictures, Images and Photos

Assalamu alaykum...

Friday, August 15, 2008

Perhatian, para PERKASA !!!!

Dukacita dimaklumkan, REUNION PERKASA tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Kesian bro sham demam pulak lagipun tak dapat lagi discuss dengan Ustaz Fadhil. Jadi, di sini nak minta maaf bagi mereka yg baru plan untuk hadir dalam gathering kita tu.

Tapi doa-doalah semoga kita semua dapat ditemukan lagi pada masa akan datang. Insya Allah.. 

    

- sumayyah

Saturday, August 9, 2008

Berita Gembira bagi Para PERKASA !!!

Assalamualaikum wa rahmatullahi ta'ala wa barakatuh... kepada para PERKASA 1,2 dan juga 3.

 

Alhamdulillah, sukacitanya saya nak maklumkan mengenai berita gembira daripada bro sham yg insya Allah akan dilaksanakan.

Iaitu??? 

 

"Reunion of PERKASA Graduates"

  • Tarikh : 21 Ogos 2008 / Khamis
  • Masa    : 10 pg - 5 ptg
  • Tempat: Time Training Services (TTS), Serdang

 

Info>>

Ini untuk semua siri PERKASA ke???

Dah nama pun PERKASA, siapa yg rasa dia PERKASA  1/2/3 atau semuanya dijemputlah hadir

 

Nak pakai ape???

Pakai apa-apa yang menutup aurat tetapi sebaik-baiknya pakailah baju PERKASA  yang antum semua dah diberi sebelum ini

 

Buat ape je???

Insya Allah.. selain jamuan gathering kita, adanya aktiviti-aktiviti  lain yg saya sendiri tak tahu lagi.hehe~

  

Doa-doalah supaya kita dapat bertemu lagi dan memPERKASAkan lagi diri kita, insya Allah..

-sumayyah

Wednesday, June 25, 2008

Di atas sejadah cinta (part 1)



Cerita ini saya baca melalui karangan novel Habiburrahman El Shirazy, kisah cinta ini ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat perkasa sekalian.......

Kota Kufah terang oleh sinar purnama. Semilir angin yang bertiup dari utara membawa hawa sejuk. Sebahagian rumah telah menutup pintu dan jendelanya. Namun geliat hidup kota Kufah masih terasa.
Di serambi masjid Kufah, seorang pemuda berdiri tegak menghadap kiblat. Kedua matanya memandang teduh ke tempat sujud. Bibirnya bergetar melantunkan ayat-ayat suci Al-Qur’an. Hati dan seluruh gelegak jiwanya menyatu dengan Tuhan, Pencipta alam semesta. Orang-orang memanggilnya ’Zahid’ atau ’Si Ahli Zuhud’, karena kezuhudannya meskipun ia masih muda. Dia dikenal masyarakat sebagai pemuda yang paling tampan dan dan paling mencintai masjid di Kota Kufah pada masanya. Sebagian besar waktunya ia habiskan di dalam masjid, untuk ibadah dan menuntut ilmu pada ulama terkemuka kota itu. Saat itu masjid adalah pusat pendidikan, peradaban, informasi dan perhatian.
Pemuda itu terus larut dalam samudera ayat-ayat Ilahi. Setiap kali sampai pada ayat-ayat azab, tubuhnya bergetar hebat. Air matanya mengalir deras. Neraka bagaikan menyala di hadapannya. Namun jika sampai pada ayat-ayat nikmat dan syurga, embun sejuk dari langit terasa bagai mengguyur seluruh tubuhnya. Ia merasakan kesejukan dan kebahagiaan. Ia bagai mencium aroma wangi para bidadari yang suci.
Tatkala sampai pada surah Asy-Syams, ia menangis,

"fa alhamaha fujuuraha wa taqwaaha.
Qad aflaha man zakkaaha
Wa qad khaaba man dassaaha ... "
(maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan,
sesungguhnya, beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
dan merugilah orang yang mengotorinya ...)

Hatinya bertanya-tanya. Apakah ia termasuk golongan yang mensucikan jiwanya? Ataukah golongan yang mengotori jiwanya? Dia termasuk orang yang beruntung ataukah yang merugi?
Ayat itu ia ulang berkali-kali. Hatinya bergetar hebat. Tubuhnya bergoncang. Akhirnya ia pengsan.
***
Sementara itu, di pinggir kota tampak sebuah rumah mewah bagai istana. Lampu-lampu yang menyala dari kejauhan tampak berkerlap-kerlip bagai bintang gemintang. Rumah itu milik seorang saudagar kaya yang memiliki kebun kurma yang luas dan hewan ternak yang tak terhitung jumlahnya.
Dalam salah satu kamarnya, tampak seorang gadis jelita sedang menari-nari dengan riang gembira. Wajahnya yang putih susu tampak kemerahan terkena sinar yang terpancar dari 3 lentera yang menerangi ruangan itu. Kecantikannya sungguh mempesona. Gadis itu terus menari sambil mendendangkan syair cinta.
”in kuntu ’asyiqatul lail fa ka’si
musyriqun bi dhau’
wal hubb al wariq ...”
(jika aku pecinta malam maka
gelasku memancarkan cahaya
dan cinta yang mekar ...)
Gadis itu terus menari-nari dengan riangnya. Hatinya berbunga-bunga. Di ruangan tengah, kedua orang tuanya menyunggingkan senyum mendengar syair yang didendangkan putrinya. Sang ibu berkata,
”Abu Afirah, puteri kita sudah menginjak dewasa. Kau dengarkanlah baik-baik syair yang ia dendangkan.”
”Ya, itu syair cinta. Memang sudah saatnya ia menikah. Kebetulan tadi siang di pasar aku berjumpa dengan Abu Yasir. Dia melamar Afirah untuk putranya, Yasir.”
”Bagaimana, kau terima atau...”
“Ya jelas langsung aku terima. Dia kan masih kerabat sendiri dan kita banyak berhutang budi padanya. Dialah yang menolong kita dahulu waktu kesusahan. Di samping itu Yasir gagah dan tampan.”
“Tapi bukankah lebih baik kalau minta pendapat Afirah dulu?”
“Tak perlu! Tidak ada pilihan kecuali menerima pinangan ayah Yasir. Pemuda yang paling cocok untuk Afirah adalah Yasir.”
”Tapi, engkau tentu tahu bahwa Yasir itu pemuda yang tidak baik.”
”Ah, itu mudah. Nanti jika sudah beristri Afirah, dia pasti akan tobat! Yang penting dia kaya raya.”
***
Pada saat yang sama, di sebuah tenda mewah tidak jauh dari pasar Kufah. Seorang pemuda tampan dikelilingi oleh teman-temannya. Tak jauh darinya, seorang penari melenggok- lenggokkkan tubuhnya diiringi suara gendang dan seruling.
”Ayuh bangun Yasir. Penari itu mengerlingkan matanya padamu!” Bisik temannya
”Be...benarkah?”
”Benar. Ayuh cepatlah. Dia penari tercantik kota ini. Jangan kau sia-siakan kesempatan ini!”
”Baiklah. Bersenang-senang dengannya memang impianku.”
Yasir bangkit dari duduknya dan beranjak menghampiri sang penari. Sang penari mengulurkan tangan kanannya dan Yasir menyambutnya. Keduanya lalu menari diiringi irama gendang dan seruling. Keduanya benar-benar hanyut dalam kelenaan. Dengan gerakan mesra penari itu membisikkan sesuatu ke telinga Yasir,
”Apakah anda punya waktu malam ini bersamaku?”
Yasir tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Keduanya terus menari dan menari. Suara gendang memecah hati. Irama seruling melengking-lengking. Aroma arak menyengat nurani. Hati dan pikiran jadi mati.
***

Keesokan harinya.
Selesai sholat dhuha, zahid meninggalkan masjid menuju pinggiran kota. Ia hendak menjenguk saudaranya yang sakit. Ia berjalan dengan hati terus berdzikir membaca ayat-ayat suci Al-Qur’an. Ia sempatkan ke pasar sebentar untuk membeli anggur dan epal untuk saudaranya yang sakit tersebut.
Zahid berjalan melewati kebun kurma yang luas. Saudaranya pernah bercerita bahwa kebun itu milik saudagar kaya, Abu Afirah. Ia terus melangkah menapaki jalan yang membelah kebun kurma itu. Tiba-tiba dari kejauhan ia melihat titik hitam. Ia terus berjalan dan titik hitam itu terus mendekat dan membesar. Matanya lalu menangkap di kejauhan sana perlahan bayangan itu menjadi seorang yang menunggang kuda. Lalu sayup-sayup telinganya mendengar suara’
”Tolooong...tolooong!!”
Suara itu datang dari arah penunggang kuda yang ada jauh di depannya. Ia menghentikan langkahnya. Penunggang kuda itu makin jelas.
Suara minta tolong itu makin jelas juga. Suara seorang perempuan. Dan matanya bisa menangkap penunggang kuda itu adalah seorang perempuan. Kuda itu berlari kencang.
”Tolooong! Tolooong hentikan kuda ini! Ia tak bisa dikendalikan!”
Mendengar itu Zahid tegang. Apa yang harus ia perbuat. Sementara kuda itu makin dekat dan tinggal beberapa meter di depannya. Cepat-cepat ia menenangkan diri dan membaca shalawat. Ia berdiri tegap di tengah jalan. Tatkala kuda itu sudah sangat dekat, ia mengangkat tangan kanannya dan berkata keras,
”Hai kuda makhluk ALLAH, berhentilah dengan izin ALLAH!”
Bagai pasukan mendengar perintah panglimanya, kuda itu meringkik dan berhenti seketika. Perempuan yang ada di punggungnya terpelanting jatuh. Perempuan itu mengaduh. Zahid mendekat dan menyapanya,
”Assalamu’alaiki. Kau tidak apa-apa?”
Perempuan itu mengaduh. Mukanya tertutup cadar hitam. Dua matanya yang bening menatap Zahid. Dengan sedikit merintih ia menjawab perlahan.
”AlhamduliLlah, tidak apa-apa. Hanya saja tangan kananku sakit sekali. Mungkin terkilir saat jatuh.”
”Syukurlah kalau begitu.”
Dua mata bening di balik cadar itu terus memandangi wajah tampan Zahid. Menyedari hal itu Zahid menundukkan pandangannya ke tanah. Perempuan itu perlahan bangkit. Tanpa pengetahuan Zahid, ia membuka cadarnya. Dan tampaklah wajah cantik dan mempesona.
”Tuan, saya ucapkan terima kasih. Kalau boleh tahu siapa nama tuan, dari mana dan mau ke mana tuan?”
Zahid mengangkat mukanya. Tak ayal matanya menatap wajah putih bersih di depannya. Hatinya bergetar hebat. Saraf dan ototnya terasa dingin semua. Inilah pertama kalinya ia menatap gadis jelita dari jarak yang sangat dekat. Sesaat lamanya keduanya beradu pandang. Sang gadis terpesona oleh ketampanan Zahid, sementara gemuruh hati Zahid tak kalah hebatnya. Gadis itu tersenyum dengan pipi merah merona. Zahid tersedar, ia cepat-cepat menundukkan kepalanya. ”Inna liLlah. AstaghfiruLlah,” gemuruh hatinya.

Kisah seterusnya akan saya sambung nanti......Insya-ALLAH.

Monday, June 23, 2008

Tubuh seharum kasturi


DALAM KITAB Al Akhlaq Al Islamiyyah Lin Nasyi'in ada sebuah kisah yang indah menggetarkan jiwa. Kisah ini terjadi di tanah Syam. Kisah yang banyak disebut dari mulut ke mulut sampai abad ini.
Ini adalah kisah ketakwaan seorang pemuda. Seorang pemuda yang bekerja sebagai penjual kain keliling. Ia berkeliling dari satu daerah ke daerah. Dari satu kawasan ke kawasan lain. Dari lorong ke lorong. Dari rumah ke rumah. Ia berkeliling sambil memanggul kain dagangannya. Akhirnya masyarakat mengenalnya sebagai Si Penjual Kain Keliling.
Diantara kelebihan pemuda ini adalah postur tubuhnya yang gagah. Kulitnya yang putih. Wajahnya yang mempesona. Dan keramahannya yang luar biasa. Sehingga siapapun yang melihatnya akan terpesona karenanya. Itulah karunia Allah yang dianugerahkan kepadanya.
Suatu hari, ketika ia sedang berkeliling menjajakan dagangannya, tiba-tiba ada seorang wanita memanggilnya. Ia pun segera menghampiri. Wanita ini menyuruhnya masuk ke dalam rumah. Rumah itu sangat mewah. Agaknya wanita itu termasuk golongan bangsawan. Begitu masuk rumah, dengan sebuah kelihaian wanita itu bisa mengunci pintu. Wanita itu sangat terpesona dengan ketampanannya. Wanita itu telah lama tergila-gila padanya. Sudah berkali-kali diam-diam wanita itu memandangi ketampanannya ketika pemuda itu lewat di depan rumahnya.
Wanita itu berkata, "Duhai pemuda tampan. Sebenarnya aku memanggilmu tidak untuk membeli barang daganganmu, tapi semata karena aku sangat mencintaimu. Selama ini aku tergila-gila pada ketampananmu. "
Pada saat itu, tak ada seorang pun didalam rumah selain mereka berdua. Wanita bangsawan itu dengan penuh harap merayunya untuk berzina. Sang pemuda pun mengingatkannya dan menakutinya akan pedihnya siksa Allah. Namun, semua usahanya sia-sia belaka. Setiap perkataan yang diucapkan pemuda itu justru membuat wanita itu semakin menggila dan nekat. Wanita itu justru semakin tertantang untuk menaklukkan pemuda itu. Namun pemuda itu tak bergeming dengan keimanannya. Ia menolak dengan tegas.
Karena sang pemuda tetap saja menolak, wanita itu mengancam, "Jika kamu tidak menurut apa yang kuperintahkan, aku akan berteriak sekeras-kerasnya dan mengatakan kepada orang-orang bahwa ada orang yang masuk kerumahku dan ingin memperkosaku. Mereka pasti mempercayai ucapanku karena kedudukanku dan karena kamu telah memasuki rumahku. Akibatnya kamu akan binasa. Kau akan dianggap penjahat paling nista. Dan orang-orang itu bisa marah dan menggantungmu hidup-hidup ! "
Wanita itu mengancam dengan serius. Pemuda itu terus berfikir bagaimana mencari jalan keluar. Ia tak mau maksiat tapi juga tak mau mengalami hal yang konyol. Diserapahi orang banyak sebagai penjahat lalu digantung tanpa ampun, sungguh hal yang sangat menyakitkan. Beberapa detik kemudian sekonyong-konyong terbitlah ide nekadnya. Terkadang tindakan nekad harus dilawan dengan nekad juga. Sambil tersenyum ia berkata, "Baiklah. Bolehkah aku ke kamar mandi untuk bersih-bersih dahulu ? Lihatlah tubuhku penuh dengan peluh yang baunya tidak sedap ! "
Begitu mendengar ucapannya, wanita tersebut sangat gembira karena mengira ia akan menuruti keinginannya dan berkata dengan hati meluapkan kegembiraan, "O tentu saja boleh, aduhai kekasihku dan belahan jiwaku. Sungguh ini adalah kesempatan luar biasa."
Sang pemuda pun segera masuk ke kamar mandi, ia mengatakan itu tadi sekedar untuk menyelamatkan diri sesaat. Mencari tempat yang tenang untuk berfikir. Sampai di dalam kamar mandi tubuhnya gemetar karena takut terjatuh pada kemaksiatan. Wanita adalah perangkap setan. Tak ada seorang laki-laki dan wanita yang berduaan, kecuali ada yang ketiga adalah setan. Demikianlah sabda Rasulullah Saw.
Ia pasrah kepada Allah. Ya Allah, apa yang mesti aku lakukan ? Berilah hamba-Mu petunjuk ya Allah. Tiba-tiba tercetus sesuatu dalam fikirannya, ia bergumam, "Aku tahu pasti, diantara golongan yang akan mendapatkan naungan pada hari tidak ada naungan lagi di hari kiamat adalah seorang pemuda yang diajak berzina oleh seorang wanita cantik dan berkedudukan, lalu ia mengatakan, 'Sungguh aku takut pada Allah !' Aku juga tahu bahwa orang yang meninggalkan sesuatu karena takut pada Allah, maka Allah akan menggantinya dengan yang lebih baik. Tidak sedikit orang yang menurutkan hawa nafsunya, maka ia akan membawa penyesalan sampai akhir hayatnya. Jika aku lakukan kemaksiatan ini, Allah akan menghilangkan cahaya dan kenikmatan dari hatiku. Duhai Tuhan, tidak, tidak! Sekali-kali aku tidak akan melakukannya ! Tapi apa yang bisa aku perbuat ? Apakah aku harus loncat dari jendela ? hal itu tidaklah mungkin karena jendela ini terkunci sangat kuat dan sulit sekali membukanya. Kalau begitu aku harus melumuri tubuhku dengan kotoran. Ya aku harus melumuri tubuhku dengan kotoran. Semoga jika ia melihatku seperti itu, ia akan merasa jijik lalu mengusirku."
Benar saja, ia lalu buang air besar dan melumuri seluruh tubuhnya dengan kotoran buang air besarnya. Seluruh rambutnya, mukanya, dada, tangan, dan semuanya. Ia sendiri sebenarnya merasa jijik. Bahkan ia mual dan sempat muntah. Sambil menangis ia berkata, "Ya Allah ya Rabbi, karena rasa takutku pada-Mulah aku melakukan ini! maka gantikanlah untukku yang lebih baik."
Lalu iapun keluar dari kamar mandi. Dan begitu wanita tersebut melihatnya ia terkejut bukan main. Ia merasa jijik. Ia menjerit dan berteriak dengan keras, "Keluarlah, hai orang gila! Dasar pemuda gila, keluar kau jangan kau kotori rumahku."
Ia berjalan keluar dan berpura-pura bertingkah laku seperti orang gila. Begitu sampai diluar ia cepat-cepat cari tempat yang aman. Ia takut dilihat orang dan takut mereka akan menggunjingnya. Jika itu yang terjadi barang dagangannya bisa tidak laku, karena ia akan dianggap benar-benar gila. Beberapa orang yang melihatnya terheran-heran dan menertawakannya. Ia terus berjalan menuju rumahnya lewat jalan yang sepi. Ia merasa sangat lega ketika sampai dirumahnya. Ia langsung melepas pakaiannya dan segera masuk ke kamar mandi untuk membersihkan seluruh tubuhnya.
Ketika ia keluar dari kamar mandi, Allah SWT menunjukkan kekuasan-Nya. Allah menjadikan bau harum yang luar biasa memancar dari seluruh pori-pori tubuhnya hingga ajal menjemputnya. Bau itu tercium dari jarak beberapa meter. Akhirnya ia dikenal dengan sebutan "Al-Miski" atau Orang Yang Seharum Kesturi.
Kisah ini menjadi bukti keagungan Allah. Kisah nyata ini masih bisa dilihat bekasnya. Di tanah Syam, ada sebuah makam yang tertuliskan "Al-Miski". Itulah kubur orang mulia yang menjaga kesuciannya ini.

Inilah seorang pemuda yang sangat menjaga dirinya daripada mlakukan kemaksiatan dan kemungkaran terhadap ALLAH. Betapa teguhnya iman pemuda tersebut...Bagaimana pula dengan iman kita??? sama-samalah kita renungkan dan muhasabah diri kita....Insya-Allah

-marlyana-

Saturday, June 14, 2008

Demi Matahari .. hayatilah




Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

sun moon

Saturday, May 31, 2008

Wudhu', solat .. hakikatnya

Wudhu' zahir dan batin 



Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi
untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim
Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah
caranya tuan solat?"

Hatim berkata,
"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".

Foot Washing

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh
perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku
kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian
' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini
adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan
bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya
kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud
dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku
bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan
ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Untuk munafaat kita bersama, Tolong sebarkan kepada sahabat-sahabat.


Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan,IinsyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

solat

Salam Ukhuwwah

-sumayyah

Friday, May 30, 2008

cerita 3 orang sahabat,,,,,,,

BACALAH KISAH INI DGN HATI BUKAN DGN OTAK,, KERANA KISAH INI LAHIR DARI HATI BUKAN DARI OTAK.....................mungkin kita pernah mendengar kisah 3 org sahabat yang terperangkap di dalam gua...mereka menceritakan amal masing-masing yg ikhlas kerana allah,,, pemuda pertama menceritakan,,,aku mempunyai ibu bapa,aku akan mendahulukan mereka sebelum anak-anakku untuk memberi mereka minum susu setiap malam, pd suatu hari,,mereka telah tidur sebelum aku sempat memeberi mrk minum susu, aku melarang anak-anakku meminum susu sehingga ibubapaku terjaga untuk meminum susu, hinggalah pagi esok baru meraka terjaga, lalu aku memberi mrk minum susu tersebut dan disusuli oleh anak-anakku.. kalaulah amalku ini semata-mata keranaMu maka tolonglah kami...pemuda kedua....aku ada seorg sepupu perempuan yg sangat cantik dan rupawan, pd suatu hari dia dtg kepadaku untuk meminjam sedikit wang, pd kesempatan itu aku mengugutnya bahawa aku x akan memberi pinjam wang tersebut, oleh kerana terpaksa dia akur untuk tidur bersamaku, lalu aku memberi pinjam wang tersebut, pd hari untuk aku tidur bersamanya, saat aku menghampirinya, dia berkata, tidakkah kamu takut pada Allah,, lalu aku meninggalkannya dan bertaubat untuk menjauhi maksiat,,,kalaulah amalku ini kerana takut padaMu maka tolonglah kami... pemuda ketiga...aku mempunyai seorang pekerja dan gajinya adalah segantang padi, pada suatu hari dia pindah tanpa mengambil gajinya, oleh sebab itu aku menanam padi tersebut dan selepas dapat hasilnya aku membeli sepasang kambing,dan ia membiak hingga memenuhi padang rumput rumahku, pd suatu hari pekerjaku dtg untuk mengambil gajinya yg ditinggalkannya dulu,maka aku memberi semua kambing tersebut, kalaulah amalku ini ikhlas keranaMu maka tolonglah kami..... pintu gua tersebut terbuka sedikit demi sedikit selepas mrk menceritakan amal masing-masing.............. cuba bayangkan pintu gua tersebut masih tidak muat untuk keluar selepas cerita ketiga-tiga pemuda tersebut , dan menunggu cerita org keempat....dan org keempat itu adalah KITA!!! AMAL APA YANG HENDAK KITA PERSEMBAHKAN PADANYA NANTI................APAKAH AMAL YANG KITA BUAT SELAMA NI MENDAPAT REDHA ALLAH,,,,FIKIRKANLAH///////

Saturday, May 24, 2008

Perkasa 3

Seperti yg bro sham dah cakap dlm chatbox, ada Kem Remaja Perkasa IIIrd edition :-

Tarikh : 26 Mei - 29 Mei 2008 (Isnin - Khamis)

Tempat : Time Training Services, Serdang
Kem Rimba Ria Suara Hutan, Batu 201/2, Jalan Sungai Congkak, Hulu Langat
Selangor.


INFO>>

Berkumpul di TTS, Serdang pada hari Isnin 26 Mei, pukul 9 pg. Program akan bermula di TTS pada pukul 10 pg.

Perkasa III content:

- I.S.K [ Ini Sejarah Kita ]
- Amal ibadah khusus
- 7 Anjakan Peribadi
- Permainan Sinergi
- Outdoor Quest
- Survival Life in Trekking

Nak gambar PERKASA ???

Utk pengetahuan para PERKASA, Gif Gambar-gambar PERKASA dimasukkan dalam blog wordpress yg memang khas utk korang semua ambik gambar.

Saya tak letak semua gambar. Sebabnya ada sampai 300 lebih!!! pengsanla kalau nak saya letak semua sekali. huhu.. sorila ya? ehehe
peace

Layar link yg ada dibawah :-

http://perkasamemories.wordpress.com/

*sorila sbb baru ade gambar perkasa 1 buat mase ni.. nnti sy upload perkasa 2 plak ye.

-sumayyah

Thursday, April 10, 2008

Wednesday, April 9, 2008

Penghinaan Islam melalui filem pendek Fitna oleh Belanda

Jangan dibiarkan musuh-musuh Islam menginjak-injak agama kita. Info terkini yang baru kita perolehi dari sahabat-sahabat Islam kita di Belanda, mereka mengatakan yang syarikat-syarikat bagi produk-produk yang tersenarai dibawah akan mengambil tindakan undang-undang dan mahkamah terhadap kerajaan dan Ahli politik Belanda yang bertanggung jawab diatas penghinaan ini. Tindakan ini akan diambil sekiranya syarikat-syarikat mereka mengalami kerugian akibat tindakan memboikot yang akan diambil oleh penguna-penguna Islam. Ada juga persatuan perniagaan di belanda yang akan meminta ahli-ahlinya untuk tidak membekalkan dana kepada parti politik yang terlibat dalam penghinaan ini bagi menghadapi pilihanraya yang mendatang. Jadi inilah peluang kita untuk menghapuskan musuh-musuh Islam. Biar musuh Islam itu sendiri memnghapuskan sesama mereka. Inilah pertempuran yang sebaik-baiknya dalam Islam. Kita tidak perlu mengangkat senjata. Senjata kita hanya mengawal nafsu dan memimpin hati kita untuk katakan tidak kepada produk-produk keluaran mereka.Dengan kuasa membeli sebanyak 67% atau +-1 Bilion sebulan yang dimiliki masyarakat Islam di Malaysia, kita boleh meberikan kesan atau impak yang sangat besar kepada mereka. Kita akan bertindak sehingga mereka gulung tikar dan semestinya kita tidak akan rugi apa-apa di atas tindakan kita ini. Ini semua kerana kebanyakan produk yang mereka keluarkan, sudah ada Usahawan Islam kita sendiri yang telah mengeluarkannya. Kita akan dapat memberi ruang yang lebih luas kepada para usahawan Muslim dalam usaha menjana dan meningkatkan lagi ekonomi Ummah.

Mari kita buktikan dahulu yang kita di Malaysia boleh melakukannya. Yakinlah, Insya'Allah umat Islam sedunia yang jumlahnya melebihi 1 Bilion umat akan menyusuli tindakan kita.Cuba bayangkan kesannya kepada musuh-musuh Islam. Mereka akan buka mata dan mengakui kehebatan kita. Janganlah kita umat Islam menjadi seperti buih-buih dilautan, walaupun banyak jumlahnya tetapi sedikit pun tidak mendatangkan gerun kepada musuh-musuh Islam. Jika perkara semudah ini pun kita tidak dapat lakukan, kenapa kita mesti hairan jika musuh-musuh Islam pada bila-bila masa saja boleh menjahanamkan dan menghancurkan kita. Contohnya sanagt banyak, seperti yang berlaku di Palestin, Bosnia, Somalia, Filipina, Iraq, Afganistan, Thailand dan banyak lagi pelusuk dunia ini dimana umat Islam diperlakukan tanpa maruah dan seperti binatang. Mari kita mulakan, kita masih lagi ada alternatif lain dan kita masih boleh mencari produk lain yang pastinya serupa dan adakalanya lebih baik dari produk-produk yang mereka tawarkan. Marilah kita lakukan ini 'Lillahitaala'. Semoga kita sentiasa berada dalam limpah dan rahmatNya. Semoga dihari perhitungan kelak, segala usaha yang kita lakukan ini, tergolong antara cabang-cabang Jihad. Marilah berjihad wahai saudara-saudaraku, buktikan yang kita mempunyai kuasa untuk mengajar mereka.

Cukuplah sebelum ini mereka memperlekehkan Nabi Junjungan kita. Kini mereka ingin menguji kita dengan memperlekehkan kitab suci kita pula. Bangkitlah wahai saudara-saudaraku, jangan kita biarkan maruah Islam itu dijaja sewenang-wenagnya tanpa mendapat pembelaan dari Umatnya sendiri. Mulakan sekarang, dengan hanya satu tindakan mudah, kita mampu menjahanamkan musuh-musuh Islam ini. Hancur laknattullah..hancurkan mereka dengan kuasa beli kita.Satu tindakan yang akan merubah sistem dunia .TAKBIR....ALLAHUAKBAR

-marlyana

Bersama-sama kita boikot barang Belanda

Dutch Lady - Susu
Ferrero Roche - Coklat
Wall’s - Ais Krim
Ing -Insurans
Planta -Magerin
Lady’s Choice -Magerin
Lipton -Teh
Shell -Minyak
Knorr -Perisa Makanan
Dove -Mandian
Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Ponds -Produk Kecantikan
Kieldsens -Coklat
Slimfast -Produk Pelangsing
Lego -Kismis
Philips -Barangan Elektrik
Duyvis -Makanan Ringan
Gouda -Keju
Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
Labello -Lip Balm
Pickwick -Teh
Venz -Mentega Coklat
Kinder Bueno -Coklat
Unilever -Syarikat
Dumex -Susu Tepung
Nutricia -Susu Bayi
Sunsilk -Shampoo
Fair & Lovely -Produk Kecantikan
Lux -Mandian
Vaseline -Lip Balm
Cif -Pencuci Lantai
Surf -Pencuci Kain
Wishbone -Pencuci Kain
Doriana - Keju Krim
Bertolli -Minyak Masak
Clear -Shampoo
Breeze -Pencuci Kain
Sun -Pencuci Kain

-marlyana

Saturday, April 5, 2008

Manusia , Malaikat , Syaitan ...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha
Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya
sekali....rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah, berpalinglah dari jalan itu ...
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di
dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...


Wassalam. ...

-sumayyah

Gadis Melampau Menerima Padah

Menurut majalah MANAR ISLAM,Mesir, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke
destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang
terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata..

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan
bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu
dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi
uban menegurnya.
"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan
agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai
orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu
memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis
lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil
melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa
mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu
biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis.
Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala
kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis
yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak
mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih
teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas.
Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis
tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si
gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali
menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi
cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir
jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut.
Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam
seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut
juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik
saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah
kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah
hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,
sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu.


~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~

Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar
ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum
Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia
hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya
adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh
alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap
akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita
akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah
orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin.
pabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda
tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan
anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.
Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin
takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini,
anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang
menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman
laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya
di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita
petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah

Mesir (MANAR ISLAM)


-sumayyah

Sejarah 'APRIL FOOL'

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!


Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya(1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

-sumayyah

Thursday, March 13, 2008

Jalan Juang

Ini lagu yg kami nyanyi bersama-sama dlm PERKASA siri ke-2. Lagu ini penuh bermakna sekiranya kita dapat menghayati mesej yg ingin disampaikan. Jadi, marilah kita dengarkan lagu yg sedang dimainkan ini! Semangat PERKASA !!!

Jalan Juang

Sabarlah wahai saudaraku
Untuk menggapai cita
Jalan yang kau tempuh sgt panjang
Tak sekadar bongkah batu karang

Yakinlah wahai saudaraku
Kemenangan kan menjelang
Walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah Al-Haq pasti menang!

Tanam di hati benih iman sejati
Berpadu dengan jiwa rabbani
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
Untuk tegakkan kalimah Illahi

Pancang tekadmu
Jangan mudah mengeluh
Pastikan azammu semakin meninggi
Kejayaan Islam bukanlah sekadar mimpi
Namun janji Allah yg Haq dan pasti!!!



-sumayyah

Saturday, March 1, 2008

Tentatif Program Kem Perkasa 2

Kem Remaja Perkasa!!! Kem Cuti Berkesan dan Menyeronokkan!

Tarikh
10, 11, 12, dan 13 Mac 2008

Tempat
Impian Country Resort, Batu 14, Jalan Agrotek, Hulu Langat, Selangor

HARI PERTAMA
11.00 pagi : Bertolak ke I.C.R Camp
12.00 tgh : Tiba ke ICR, + Taklimat Kem
12.30 tgh : Makan Tengahari + Solat Zuhur
2.30 ptg : Icebreaking : Zero to Hero!
4.30 ptg : Solat Asar dan Minum Petang
5.00 ptg : Eksplorasi Minda 1
6.30 ptg : Khidmat Diri, Makan Malam
7.30 mlm : Solat Maghrib + Tazkirah + Solat
Isyak Berjemaah
9.00 mlm : XTVT 1 : Knowing You ‘n’ Me
10.30 mlm : Minum Malam
11. 00 mlm : Introspeksi : Night Walk
12.00 mlm : Gelombang Delta

HARI KEDUA
6.00 pagi : Solat Subuh + Renungan Subuh
8.00 pagi : Sarapan Pagi + Khidmat Diri
9.00 pagi : XTVT 2 : Menjadi Hebat?
10.00 pagi : Solat Dhuha Berjemaah
10.30 pagi : Minum Pagi + Rehat
11.00 pagi : Outdoor 1 : Leadership Games
12.30 tgh : Makan Tengahari + Solat Zuhur
2.30 ptg : XTVT 3 : Sinergi Pasukan
4.30 ptg : Minum petang + Solat Asar
5.15 ptg : Outdoor 2 : Obstacle Games
6.30 ptg : Makan Malam + Khidmat Diri
7.30 mlm : Solat Maghrib + Tazkirah + Solat
Isyak Berjemaah
9.00 mlm : Introspeksi : Koreksi Diri
11.00 mlm : Minum Malam
11.30 mlm : Gelombang Delta

HARI KETIGA
4.45 pagi : Qiyamulayl Berjemaah
6.30 pagi : Solat Subuh + Renungan Subuh
7.00 pagi : Sarapan Pagi + Warm Up
8.30 pagi : Junggle Trekking River Crossing
11.00 pagi : Refleksi Kendiri
12.30 tgh : Rehat + Makan Tengahari + Solat
Zuhur Berjemaah
2.30 ptg : XTVT 4 : Who Shall Survive?
4.30 ptg : Minum petang + Solat Asar
5.15 ptg : Eksplorasi Minda 2
6.30 ptg : Makan Malam + Khidmat Diri
7.30 mlm : Solat Maghrib + Tazkirah + Solat
Isyak Berjemaah
9.00 mlm : XTVT 5 : Peta Dunia
11.00 mlm : Minum Malam
11.30 mlm : Gelombang Delta

HARI KEEMPAT
5.30 pagi : Solat Subuh + Renungan Subuh
7.00 pagi : Ukhuwwah Games
8.00 pagi : Sarapan Pagi + Khidmat Diri
9.00 pagi : XTVT 6 : Menjadi Ikon Teladan
10.00 pagi : Solat Dhuha Berjemaah
10.30 pagi : Minum Pagi + General Cleaning
11.30 tgh : Majlis Penutup PERKASA
12.30 ptg : Makan Tengahari + Solat Zuhur
2.30 ptg : PERKASA Game Over

ZERO to HERO

Mari dengar dan hayati..

Nasyid Da'i Nada



Sekumpulan nasyid dari indonesia yang menuntut di al-azhar.
Kt tanah arab femes, slalo kuar kt tv.

Saturday, January 26, 2008

Perhatian !!!




Salam kepada semua PERKASA !!!!

Kenape ye? tak ramai orang nak tengok blog ni. Owh! tau, tau .. ni mesti sebab takde gambar kem tu kn? hmm? ye ke??? huhu, tak pe.. tak pe...gif
Minta maaflah sangat. Sekarang ni still dalam proses nak cari n post gambar. Jadi, nanti bile dah dapat semua gamba kem PERKASA daripada brother sham, barula boleh dipostkan di sini.
Walau apa-apa pun, diharapkan agar dapat memberi sedikit pendapat atau komen dalam blog ni. Tak pun, sekurang-kurangnya tulislah sesuatu dalam chatbox tu,ye?
Jangan risau.. Insya Allah nanti adela gambar-gambar PERKASA tu nanti. Sabar ye?

Hah!Lagi satu!!!! ingin diumumkan kepada remaja PERKASA mengenai mesyuarat yang akan dijalankan untuk berbincang mengenai program kem remaja PERKASA-2.


*MESYUARAT PERKASA

Meeting tersebut akan berjalan pada :-

Tarikh : 9 Febuari 2008

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Time Training Services, Serdang



-sumayyah
*ni menurut maklumat yg sy dpt. jd, kalo slh sori tau.. hehe ^-~

Saturday, January 12, 2008

Hijrah Perjuangan

Di hening malam kota Mekah
Rasul berkelana
Dilindung Allah di perjalanan
Di situ sejarah hijrah Rasullah
Bermula menuju kota Madinah
Ingin janjikan sebuah kemenangan

Dikejar musuh dibelakang
Sembunyi di Gua Thur
Dipelihara keselamatan
Menguji kesetiaan seorang sahabat
Bersandar pada mukjizat nabi
Suatu ketakjuban

Hijrah perjuangan
Demi kebenaran menuju kejayaan

Berhijrah menyusun langkah yang lebih teratur
Merancang perjuangan
Berhijrah bukanlah mengundur ke belakang
Tapi mengumpul kekuatan

Fikirlah sebentar



Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali

Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada dalam keadaan yang terburuk dalam hidupnya

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa

Dan ketika kita sedang bersedih dan berada di dalam kesusahan, senyumlah dan berterima kasih kepada Allah bahawa kita masih hidup!!!!

-sumayyah

Thursday, January 10, 2008

Hijrah 1429



slm thn baru..

team PERKASA mengucapkan kepada semua rakan 2 PERKASA dan rakan 2 yg belum PERkasa lg ......Salam Maal Hijrah 1429

Marilah tahun ini kita mengotakan azam kita...janji kita untk memperkasakan diri kita dgn ilmu yg bermanfaat dan amal yang berterusan..Hidup PERKASA dan Mati BERJASA!!!
-ikrimah

Tuesday, January 8, 2008

intro


salam ceria, salam perkasa!

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum pd semua rakan-rakan remaja PERKASA...moga sentiasa ceria, bersemangat dalam meneruskan hari-hari yang mendatang. Tepuk, tepuk, tepuk semangat! PERKASA!!!!