Tuesday, February 15, 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ..

أنشودة يا خير خلق الله محمد .. للمنشد ابراهيم السعي

محمد... أشرف الأعراب والعجم
محمد... خير من يمشي على قدم

محمد... باسط المعروف جامعة
محمد... صاحب الإحسان والكرم

محمد... تاج رسل الله قاطبة
محمد... صادق الأقوال الكلم

محمد... خبيت بالنور طينته
محمد... لم يزل نورا من القدم

يا خير خلق الله

محمد... ذكره روح لأنفسنا

محمد... شكره فرض على الأمم
محمد... سيد طابت مناقبه

محمد... صاغه الرحمن بالنعم
محمد... صفوة الباري وخيرته

محمد... طاهر من سائر التهم
محمد... طابت الدنيا ببعثته

محمد... جاء بالآيات والحكم
يا خير خلق الله محمد

Sunday, February 6, 2011

10 Muwasofat Muslim

10 Muwasofat atau 10 ciri-ciri peribadi muslim yang digariskan oleh Imam Hassan al-Banna. Marilah sama-sama kita muhasabah diri sentiasa agar menepati dengan ciri-ciri tersebut dan layak digelar muslim yang sejati.

1. Aqidah yang sejahtera ( Salimul Aqidah )

2. Ibadah yg sohih (Sohihul Ibadah)

3. Akhlak yg mantap (Matinul Khuluq)

4. Berpengetahuan Luas (Mutsaqqoful Fikri)

5. Memiliki tubuh badan yg sihat (Qowiyyul Jismi)

6. Bermujahadah melawan hawa nafsu (Mujahadatun Linafsihi)

7. Berdikari (Qodirun alal Kasbi)

8. Tersusun didalam urusan (Munzhzhamun fi Syuuunihi)

9. Menepati masa (Harisun ala Waqtihi)

10. Bermanfaat utk orang lain (Nafi'un Lighoirihi)

Bermujahadah serta bermuhasabah selalu, tinggalkan semua perkara yang boleh melalaikan kita dengan dunia dalam usaha menjadi 'abid yang sempurna kepada Allah seterusnya menjadi khalifah Nya yang boleh berbakti untuk mencapai ustaziatul alam.

Wednesday, February 2, 2011

Renungan buat wanita..

Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.

Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:

"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."

(Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."

(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.

Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:

Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."

(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."

(Riwayat Muslim)

Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."

Menyakiti hati suami

Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."

(Riwayat Ibnu Majah)

Puasa sunat tanpa keizinan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keluar rumah tanpa izin suami

"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."

(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

Meminta cerai daripada suami

Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:

"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga."

(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Isteri yang tidak menunaikan hajat suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.

Monday, December 6, 2010

XPDC GUNUNG NUANG

Kem Remaja PERKASA 2010 mempersembahkan..
XPDC Gunung Nuang!!!


When?
24, 25 dan 26 Disember 2010

Where?
Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan

How much?
RM60 sahaja. Kos termasuk bayaran masuk di kaki gunung Nuang, sewa khemah, makan dan minum, bayaran utk jurupandu, sijil penyertaan dan baju T-shirt PERKASA.

Penyertaan terbuka untuk adik-adik yang berumur 16 - 24 tahun

Tentatif :

Jumaat 24 Dis 2010

11 am : Berkumpul di TTS, Serdang
1 pm : Solat Jumaat di UPM
3 pm : Bergerak ke Pangsoon
5 pm : Tiba dan trekking ke Lolo Camp Site
7 pm : Masak + Solat Maghrib + Solat Isyak
9 pm : One TEAM One AIM !
11 pm : Surah al-Waqiah

Sabtu 25 Dis 2010
6 am : Solat Subuh berjemaah
7 am : Breakfast (alas perut)
8 am : XPDC begin! (mula mendaki)
2 pm : Dijangka sampai ke Puncak
3 pm : XPDC down (mula turun)
7 pm : Dijangka sampai base camp
8 pm : Solat + Masak
10 pm : PERKASA Recharge
12 pm : Surah al-Waqiah

Ahad 26 Dis 2010
6 am : Solat Subuh berjemaah
7 am : Morning jump
9 am : TEAM Building
12 pm : BBQ Session
2 pm : Salam Wida'

Utk lebih lanjut, sila hubungi 017-3697165 (Hazman)

Anjuran - ASA Explore Consultancy

Hidup PERKASA, Mati BERJASA!

-sumayyah

Thursday, June 24, 2010

Ukhuwah Teras Kegemilangan.. IKRAM



Misi dan Visi IKRAM

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.


Daripada laman web rasmi IKRAM

-sumayyah

Wednesday, June 2, 2010

PERUTUSAN HAMAS BERKENAAN SERANGAN KE ATAS FREEDOM FLOTILLA

PERGERAKAN KEBANGKITAN ISLAM (HAMAS-PALESTINE)

PERUTUSAN HAMAS

BERKENAAN SERANGAN KE ATAS FREEDOM FLOTILLA

Saudara-saudaraku yang dimuliakan,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kenyataan kami berkenaan usaha konvoi Freedom Flotilla bagi memecahkan kepungan terhadap Gaza, di sini kami membuat kenyataan dan polisi umum ini yang perlu diguna pakai semasa membuat kenyataan dan respons sebagaimana berikut :

1. Fokuskan kepada sudut kemanusiaan yang dibuat oleh konvoi bagi membantu 1.5 juta orang yang terkepung di Gaza.

2. Elakkan dari membuat kenyataan berunsur sindiran politik terhadap kumpulan lain di Palestin, atau menyentuh sensitiviti politik Arab supaya tidak menyeleweng dari perkara asas iaitu memecahkan kepungan Zionis terhadap Gaza

3. Fokuskan kecaman kita terhadap Israel melalui media massa bahawa Zionis bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.

4. Semarakkan sokongan kepada mereka yang terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan, selain menjadikan mereka ini sebagai ‘role-model’ kepada masyarakat dunia.

5. Pendirian terhadap serangan yang dilakukan ke atas konvoi ini, fokuskan kecaman kepada pihak Zionis bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya dengan menyifatkan tindakan mereka sebagai :

  • LANUN
  • JENAYAH TERHADAP HAK KEMANUSIAAN
  • SIAP BIADAP KERANA BERTERUSAN MELAKUKAN KEPUNGAN TERHADAP GAZA
  • MENGGESA SUPAYA MEREKA DIHUKUM ATAS JENAYAH PERANG YANG DILAKUKAN

Sehubungan dengan itu, tindakan susulan yang akan diambil adalah seperti berikut :

Demo Bantahan Besar-besaran Serangan Israel ke atas Freedom Flotilla
Tarikh: 4 Jun 2010 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Jumaat
Tempat: Perarakan dari Tabung Haji ke Kedutaan Amerika (Mobilisasi seramai mungkin)

MARILAH PARA IKHWAN!!!
HADIR BERSAMA NYATAKAN SOKONGAN ANTUM KPD RAKYAT PALESTIN DI GAZA!!!

Monday, April 19, 2010

Tribute untuk as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi

Salam 'alaykum..
Mari kita panjatkan doa kepada roh as-Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi


Pada 17 April 2004 pulanglah seorang syahid menemui Kekasih yang didambakan. Satu tribute untuk as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi

Kita sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang pantas dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Kita mahu mencontohi beliau baik dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi jihad, kesungguhan dan pengorbanannya. Nah! Salah seorang dari insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi. Pada 17 April 2004 ini genaplah enam tahun as-Syahid meninggalkan kita semua. Beliau dibedil oleh helicopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.

Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu isya, beliau dengan hati penuh harap berkata ‘Semuga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu Ya Allah. Inilah puncak harapanku..” Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helicopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid. “Ia adalah kematian samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache..” Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi. Semua yang hadir menziarahi jenazah as-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasulnya. “Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”

Pendirian As-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap tanah-airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah sedia kita maklumi. Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds. Inilah yang digambarkan oleh isteri as-syahid Ummu Muhammad, beliau adalah gambaran ayat Allah ‘Sesungguhnya tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Dia.’ Sebagaimana juga as-Syahid syeikh Ahmad Yasin yang mendahului beliau, Israel tidak pernah merasa aman dengan beliau yang tidak pernah mengenal erti mengalah dan lemah. Tidak seperti pemimpin-pemimpin Palestin secular yang siap untuk menggadaikan prinsip dan tanah air atas nama rundingan damai, As-Syahid Abdul Aziz Rantisi tidak pernah berganjak dari keyakinan bahawa bumi Palestin tidak mungkin ditukar ganti dengan apapun. Pilihan yang ada pada Israel hanya satu iaitu keluar dari bumi Palestin yang mereka jajah dan kembalikan hak rakyat Palestin yang mereka rampas. Jika mereka gagal untuk melakukan ini maka bersedialah untuk berhadapan dengan api jihad yang akan terus bersemarak membakar jiwa-jiwa para mukmin sehingga akhir. Hasrat Zionis untuk melihat lumpuhnya HAMAS dengan terbunuhnya dua pemimpin utama dalam selang 4 minggu meleset sama sekali. Bahkan kematian dua tokoh ini menyuburkan lagi jihad di bumi Palestin dan kini setelah enam tahun kedua mereka meninggalkan kita, Palestin terus berdiri teguh berhadapan dengan segala macam kekuatan yang ditalakan dunia ke atas mereka. Bukan sahaja mereka diperangi oleh senjata-senjata terkini bahkan mereka dikepung dan di kelilingi oleh tembok-tembok kematian serta dikhianati pula oleh saudara-saudara seagama yang bersekongkol dengan musuh-musuh untuk mencengkam Gaza dan Tanah suci al-Quds. Inilah karamah yang terbit dari kehebatan as-syahid Syeikh Ahmad Yassin dan as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

‘Di belakang seorang lelaki yang agung pastinya seorang wanita yang mulia’, demikianlah ungkapan yang disebut kepada isterinya Ummu Muhammad. Namun Ummu Muhammad segera menyanggah kata-kata ini. Sebaliknya beliau memuliakan ibu as-syahid yang mana di atas didikan kemuliaan dan kehebatan dari almarhumah ibunyalah lahir as-syahid Abdul Aziz Rantisi. Beliau digambarkan oleh isterinya sebagai seorang suami, ayah dan datuk yang bukan sahaja melimpah dengan kasih-sayangnya terhadap isteri, anak-anak dan cucu-cucu bahkan kasih-sayang itu akan segera diluahkan sebaik sahaja ada ruang dan kesempatan. Bahkan ketika dikelilingi oleh tugasan yang banyak termasuk ketika melayan para tetamu dan wartawan beliau akan berhenti sebentar untuk menegur anak-anaknya dengan penuh kemesraan. Lantaran itu tidak seorangpun dari anak-anaknya dan cucu-cucu (14 orang semuanya) yang tidak merasakan kemesraan ayah dan datuk mereka sehingga mereka semua bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah as-syahid dalam perjuangan.

Kelembutan as-syahid terhadap keluarga digambarkan oleh Ummu Muhammad dalam satu pengalaman di mana beliau tersinggung peti televisyen sehingga pecah skrinnya. Beliau begitu bimbang kerana sekatan ekonomi tidak memungkinkan mereka menggantikan TV yang pecah itu. Tetapi as-Syahid yang melihat kebimbangan Ummu Muhammad telah memujuk beliau dan berkata “Qadarallah maa syafaa’a fa’al” (Setiap sesuatu itu ada tempoh akhirnya). Semuga contoh-contoh kecil dari tokoh besar ini membekas di hati kita semua dan menjadikan kita berjiwa besar dan tidak terikat dengan dunia. Sesungguhnya membebaskan diri dari kesempitan dunia lah yang menjadikan seseorang itu mendambakan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Ketegasannya di dalam perjuangan tidak dipersoalkan. Sewaktu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi diusir bersama 416 oarng pejuang oleh Israel di selatan Lubnan pada tahun 1992, beliau didatangi oleh seorang wartawan media barat mengajukan soalan ‘Kenapa HAMAS enggan iktiraf Israel’. Jawapan yang diberikan oleh as-Syahid Abdul Aziz Rantisi meninggalkan wartawan tersebut sendiri kebibungan. Israel yang mana? Israel 1948? Atau Israel 1967? Atau Israel 1981? Atau Israel 1993? Atau Israel 2000? Hakikatnya Israel adalah entiti palsu yang tidak punya sebarang sempadan yang hakiki. Bagaimana mengiktiraf sebuah Negara haram yang tidak punya sebarang ketentuan sempadan kerana ia didirikan di atas Negara orang lain yang dirampok dan dirampas semaunya dan sekehendak hati mereka. Lantaran itu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi berikrar “Israel tidak akan mengenal keamanan, kami akan memerangi mereka sehingga Palestin dibebaskan, dibebaskan seluruhnya.”

Inilah gambaran orang-orang beriman yang digambarkan oleh Allah SWT ‘…Mereka kasih kepada Allah dan Allah kasih kepada mereka, mereka berkasih sayang sesame mukmin (izillah alal mu’mimin) dan tegas terhadap golongan kafir (a’izatul alal kafirin), mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela…”

As-syahid Abdul Aziz Rantisi dilahirkan pada 23 Oktober 1947 berhampiran Jaffa (Yaffa) dan syahid pada 17 April 2004.

Di ambil daripada:
Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE

Thursday, April 15, 2010

Meeting Graduan PERKASA

Assalamu'alaykum..

Perhatian kepada para PERKASA, insya Allah diskusi PERKASA kali ini akan dapat dijalankan dengan lancar seperti yang sudah dirancang. Semua graduan PERKASA 1, 2, 3, 4 dan 5(Titanium) amatlah dialu-alukan untuk menghadirkan diri.

Tempat : AFAQ Subang Jaya
Tarikh : Ahad, 18 April 2010
Masa : 10.00 pagi - 2.00 petang

Harap dapat beri kerjasama dalam menjayakan diskusi kali ini supaya kita dapat memantapkan lagi kelab remaja PERKASA. Sebarang masalah, sila hubungi Hazman di 019-2525298.
Terima kasih diucapkan, syukran jaziilan.


-sumayyah

Thursday, March 25, 2010

Mari lawat Facebook PERKASA ! ! !

Assalamualaykum,

PERKASA kini semakin maju! Bermula daripada blog, kini PERKASA sudah bertapak dengan jayanya di Facebook.com. Jadi, kepada semua para PERKASA dijemput untuk menyertai serta melawat group PERKASA di Facebook.

http://www.facebook.com/pages/PERKASA/109834025700133


Silalah ke page PERKASA! Tafadhal!!!

-sumayyah

Lagu Tema PERKASA


Kami semua remaja PERKASA
Kami sentiasa bekerjasama
Putus asa bukan budaya kita
Untuk capai matlamat kami semua

Kami berjuang membangkitkan Islam
Demi Allah Tuhan Sekelian Alam
Kami berjuang membangkitkan ummah
Demi Rasul ikon tercinta kita

Dengarlah
Wahai teman, mari bersama tegakkan Islam di muka dunia
Ayuh renungkanlah! Di sini langkah kita bermula
Marilah jadi PERKASA !!!

-sumayyah

Friday, February 19, 2010

All New PERKASA

Salam alaykum kepada semua para PERKASA dan bagi yang belum lagi PERKASA.. PERKASA kini berwajah baru!

KEM PERKASA TITANIUM


Tarikh : 13 Mac - 15 Mac 2010

Tempat : Kem Herba Sg. Congkak, Hulu Langat, Selangor

Yuran : RM 95.00

Jika berminat,sila hubungi..
Hazman - 0192525298 (ASA EXPLORE TRAINING & CONSULTANCY)
Amir
- 0133101246 (ASA EXPLORE TRAINING & CONSULTANCY)



HIDUP PERKASA, MATI BERJASA !

- sumayyah

Friday, October 23, 2009

: : Derita Si Gadis Palestina- Siri3 : :

9 Tahun Kemudian
Aku kini berumur 14 tahun. Prestasiku pelajaranku agak lambat peningkatannya. Aku tidak pandai dalam bidang pelajaran dan keilmuan. Namun, aku seakan memahami setiap apa yang diajari di dalam setiap kelas pembelajaran. Aku amat meminati kelas Sastera. Setiap kata dan sajak yang dibaca oleh Ustazah Sofia lembut menyentuh. Ditambah pula dengan alunan, lentok, gaya bahasanya serta semangat yang digandingkan sewaktu pembacaannya benar-benar menjadikan seuntai sajak seakan mengalir di dalam hatiku. Namun, aku tidak mampu menulis, mencipta ataupun mendeklamasikan sajak.

Pernah di dalam kelas Sastera, aku dipinta menulis sebaris sajak di hadapan kawan-kawan. Tanganku memegang sebatang kapur. Aku membaca baris pertama yang ditulis sahabatku. Tanganku kaku tidak tercetus untuk bergerak. Masih statik di titik putih. Aku merapatkan badan sedikit ke papan hitam. Aku menangis. Ustazah bangkit daripada kerusi dan memegang bahu kananku dengan tangan kanannya. Ustazah Sofia memusingkan badanku dan dia duduk melabuhkan lututnya di lantai. Aku berusaha menyembunyikan air mataku daripadanya.

" Kalau Halawah tak boleh buat, tidak mengapa.. Halawah boleh cakap kat Ustazah.. Jangan paksa diri.. ", Ustazah Sofia memandang mata kelabuku yang jernih.


Jam 12 tengah hari
Di rumahku
Ustazah Sofia melambai tangan dan beransur pergi. Aku mencuka muka. Masih tidak berpuas hati. "Itu bukan salahku!", bentakku dalam hati.

"Kenapa ni Halwati.. Sedih je mama tengok....", ibuku menyapa daripada belakang.

Tangan mama sejuk sekali. Pasti sedang membasuh kain.


Imbas kembali
"Hei Halawah!.. Kamu tidak punyai cinta kepada Palestin.. Kerna itulah kamu tak mampu membuat (sajak) walau sebaris.. Apatah syahid pula untuk kau capai~", Humaira' celupar sekali.

Aku mendidih darah panas. Nafasku menderau. Jangan- - - -

"Cuba kau bayangkan sahaja, Hamra' (dikira panggilan menghina).. Dunia ini adalah syurgamu.. Kerana akhirat adalah nerakamu!.. Kunci syurgamu akan ku pegang sehingga kau merayu agar diampuni!!.. Hingga itu!!..", bicara iman tidak sempat menghalang amarah Halawah

Ustazah Sofia terkejut dengan bahasa Halawah.


Di rumahku

Aku tak mahu menceritakan kepada mamaku bahawa betapa apa yang terjadi, bertentangan dengan harapannya. Lengan bajuku disinsing. Tudungku disangkut sekejap pada paku di dinding.




"Mama tengah basuh kain ke?.. Halawah toong yea?..", aku terus melangkah ke bilik air belakang.


"Halawah~", mama memanggil, kakiku berhenti.



"Ya~ Ada apa mama~".



"Takpelah.. Kemudian sajalah mama cakap..", seperti tidak sanggup berkata sesuatu.



Aku tersenyum dan kembali menyambung langkah. Ke bilik air belakang, mencuci pakaian.



Bersambung...

Sunday, August 30, 2009

Jasa dan Kasih Ibu Tiada Nilainya ..





Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :-

1) Tolong pergi kedai : RM4.

2) Tolong jaga adik : RM4.

3) Tolong buang sampah : RM1.

4) Tolong kemas bilik : RM2.

5) Tolong siram bunga : RM3.

6) Tolong sapu sampah : RM3.

Jumlah :
RM17.


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama..

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -
PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -
PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu -
PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -
PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -
PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Thursday, August 20, 2009

Pakai Tudung, Walaupun Bukan Islam


SPENCER Wall, seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun asal West Texas, tergolong unik dan luar biasa di tengah masyarakat majoriti bukan Islam. Dia yang beragama Kristian, tetapi sejak akhir April lalu telah memutuskan untuk memakai pakaian Muslimah, bertudung lengkap selama satu tahun ini. Apa tujuannya?

Wall mengatakan dia bukan ber'eksperimen' tetapi belajar dari pengalaman. Dia nak rasa bagaimana menjadi golongan minoriti seperti komuniti Muslim, yang selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai di negaranya, walaupun dia bukan mewakili komuniti tersebut. "Saya bukan ingin mewakili Muslimah atau komuniti Muslim.. Saya hanya ingin tahu bagaimana rasanya menjadi seperti mereka.. sebentar saja ..." ujar Wall.

Perubahan penampilan Wall tentu sahaja mengundang banyak tanya dari teman-teman dan orang-orang sekeliling. Wall memang mengalami hal-hal yang tidak diharapkannya sejak memakai tudung dan pakaian Muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mahu bercakap dengannya dan sering dicemuh. Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja, menolak dilayani Wall. Tetapi seperti kebanyakan Muslimah di AS yang kerap menerima kelaku seperti itu, Wall tidak ambil peduli dan tetap terus melangkah.

Pertanyaan yang kerap diterima ialah, asal dari mana? Kerana orang-orang Amerika masih melihat warga Muslim sebagai imigran atau pendatang. Mulanya Wall menjelaskan, 'ingin belajar dari pengalaman..' Tapi lama-lama, dia pun bosan juga, dan jawab pendek,"Saya bukan Muslim, tetapi saya pakai tudung kerana sukakanya!" Meski demikian, Wall mengakui jawapan itu tidak sepenuhnya benar, kerana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar rumah tanpa berpakaian Muslimah. "Saya pernah cuba tak pakai tudung sehari saja, tetapi tak boleh..."

Kini bukan hanya dalam berpakaian, Wall juga mengikuti kebiasaan bagaimana sepatutnya sikap seorang Muslimah. Ia menolak hubungan bebas terutama dengan lelaki. Pernah di toko pakaian, Wall meminta pelayan toko itu menutupi ruang terdedah apabila kakinya ternampak semasa mencuba-cuba pakaian. Wall mengatakan, pengalamannya 'menjadi seorang Muslimah' mengajarnya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang bersifat peribadi. Satu hal yang tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristien.

Bahkan katanya, suatu hari nanti ia juga ingin rasa bagaimana hendak bersolat 5 kali tiap hari. "Seperti yang anda tahu, kami hidup di tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti ibadah. Dengan pengalaman saya sekarang, saya rasa diri saya lebih dekat dengan Tuhan," ungkap Wall. "Pengalaman ini mengajar saya untuk menghormati wanita yang membuat keputusan ' tinggal tetap di rumah, menjaga dan mendidik anak-anak saja..' menghormati mereka yang bertudung lengkap, beraktiviti di luar atau menjadi seorang CEO.." sambungnya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Marilah kita sama-sama berdoa, semoga di suatu saat Allah SWT memberikan hidayah Islam padanya. Wallahu 'aklam.

Posted by Ibnu Hasyim

- sumayyah

Friday, June 12, 2009

Wasiat dari Penjaga Makam Rasullah S.A.W

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).


Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di

makam Rasulullah SAW.

Selepas membaca lalu

hamba tertidur,dalam tidur hamba bermimpi

didatangi Rasulullah SAW lalu ber sabda kepada

hamba,dalam 60 000 orang yang meninggal

dunia di zaman ini tiada seorang pun yang

matinya dalam keadaan beriman. Antaranya golongan :
  • isteri tidak mendengar kata suami.
  • orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
  • orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.


Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu

menyedarkan keada orang islam ini supaya

membuat kebajikan kerana hari

penghabisan(Qiamat)akan tiba di mana

bintang akan terbit dari langit,sesudah itu

matahari akan turun di atas kepala.



PESANA HAMBA INI

  1. (a)berselawat-untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
  2. (b)bertaubatlah-dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.
  3. (c)bersembahyanglah
  4. (d)berzakat-jangan ditinggalkan.
  5. (e)menunaikan fardhu haji-bila berkemampuan.
  6. (f)jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

Thursday, March 12, 2009

PERKASA 4 ???!

Berita gembira kepada semua para PERKASA dan juga yang ingin PERKASA !

Salam 'alaykum.. Seperti yang bro sham dah umumkan, alhamdulillah PERKASA 4 dapat juga dilaksanakan.

KEM PERKASA IV

Tarikh : 17, 18 dan 19 Mac 2009

Tempat : Kem Rimba Ria Suara Hutan, Hulu Langat, Selangor.

Yuran : RM 70.00

Untuk pengetahuan semua, pendaftaran adalah pada pukul 10.30 pagi jadi diharapkan semua dapat beri kerjasama supaya PERKASA kali ini dapat berjalan dengan lancar, insya Allah. Penyertaan adalah terhad , diminta peserta yang confirm ingin join tolong beri nama kpd bro sham.

Sekian, wassalam.

- sumayyah

Wednesday, January 14, 2009

: : Derita Si Gadis Palestina- Siri2 : :

Sebahagian besar daripada keluarga dan sanak-saudaraku menjadi jentera-jentera Allah. Jentera pertahanan negaraku Palestina. Saban dentuman yang kedengaran kuharap ada yang meraih Syahid serta Pahala.

Degala dentuman yang menyapa bumi seakan sudah menjadi lumrah. Aku tidak ingat bila kali pertama aku mendengar dentuman itu. Seakan nafas yang menghembus masuk dan keluar tanpa kusedari bila permulaannya. Apa yang aku tahu, aku mengimpikan setiap dentuman bakal menjadi dentuman terakhir yang kudengari. Bukan kerana aku tidak mampu mendengar lagi, tetapi kerana Yahudi Laknatullahi 'Alaihi Ajma'in sudah pupus dari muka bumi tanpa ada sesiapa mahu mencatat nama yang KEJI itu dalam helaian kertas yang jauh lebih mulia.

Di Sekolah
Aku memerhati raut wajah saudara-saudara seMuslimku yang penuh senyuman. Ada yang tinggi badannya, ada pula yang rendah badannya. Dan insan yang rendah itu adalah aku. Kasihan pula aku melihat beberapa orang sahabatku yang sudah berparut di muka. Semua pembiayaan persekolahanku percuma. Guru-guruku bekerja tanpa gaji meski hakikatnya mereka dibayar dengan suatu nilai yang cukup tinggi iaitu pahala serta berkat keikhlasan.

" Nurul Halawah Iman.. Siapakah yang bernama Nurul Halawah Iman ?.. ", Ustazah Sofia bertanya.
" Sa.. Saya, Ustazah.. ", aku megangkat tangan sambil tersipu-sipu.
" Inikah gadis comel yang bernama Nurul Halawah Iman.. Kamu berwajah manis, semanis namamu.. ", aku mengangguk kecil sambil memandang ke bawah kerana malu.

Itulah kali pertama namaku disebut oleh orang lain selain Ayah dan Ibuku.



Bersambung...

Monday, January 12, 2009

: : Derita Si Gadis Palestina- Siri1 : :

Detik Permulaan
Darah merah pekat memancut keluar dengan banyaknya. Kedengaran sekali-sekala suara teriakan seorang wanita terhumban keluar dari celah-celah gigi yang diketap rapat. Mataku terasa silau disuluh cahaya. Dadaku terasa sejuk seakan dihembus angin antartika. Suaraku tangisanku mulai kedengaran di setiap ruangan yang mengalirkan gelombang bunyi. Kemudian, tubuhku dibasahkan dengan air suam yang cukup memberikan keselesaan kepadaku. Setelah itu, tubuhku dibaluti kain putih dan tangisanku perlahan-lahan menghilang.

Tubuhku dipeluk mesra dalam dakapan kasih sayang seorang ayah. Mataku masih terpejam. Aku langsung tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Kedengaran suara-suara insan berbisik kegembiraan sambil melafazkan tinta-tinta pujian kepada Rabbul 'Izzati. Aku didukung ke suatu sudut yang terpancar cahaya Sang Purnama dari sebuah lubang. Dari situ, aku dapat merasakan angin bayu malam yang menghembus keluar dan masuk menerusinya. Dan..

" Allahu Akbar, Allahu Akbar.. ", laungan Iqamat kedengaran mengetuk gegendang telinga kiriku.

Alunannya kuhayati hingga ke lafaznya yang terakhir. Setelah itu, badan mongelku dilabuhkan di dalam dakapan bonda tercinta. Terasa bibir bonda mengucupi dahiku.

5 Tahun Kemudian
Hari ini, tepat 14 Rejab 1417. Aku genap umurku 5 tahun. Tahun ini, bonda menyuruhku ke sekolah untuk mempelajari ilmu Allah untuk membantu saudara-saudaraku yang sedang berjuang di sebalik tembok. Berjuang mempertahankan bumi tumpah darahku, Bumi Palestina.




Bersambung...

Friday, December 5, 2008

: : Kenapa Bulan Bulat Ayah? : :

Aku terduduk ke belakang lantaran terlalu sedih. Sedih kerana isteri tersayang pula pergi meninggalkanku akibat penyakit denggi. Belakangan ini, semuanya tidak berpihak kepadaku. Sepanjang tahun. Semuanya berlaku seakan tidak adil kepadaku. Jatuh tersungkur kubangkit kembali dengan sisa keimanan Allah Maha Adil. Namun, aku bukan hambamu yang setabah Nuh. Aku tidak sekuat Ibrahim. Pada permulaan derita ini, satu-satunya anakku meninggal dunia akibat kemalangan. Tiada keluarga. Pada ketika ini, aku benar-benar terasa seperti Ghuraba' (orang asing). Tiga bulan kemudian, telefon bimbitku hilang. Jika kerana harganya mahal, itu tidak mengapa. Tetapi, di situlah semua nombor contact teman-teman yang sering menyokong aku daripada futur (putus asa di jalan dakwah). Kini, cuma Allah tempat pergantunganku. Hidupku lebih banyak dihabiskan merintih di atas tikar Sejadah. Menangis sambil membilang manik-manik zikir. Terkadang sampai tertidur aku dalam tangisan.


Sesekali aku mengenang peristiwa silam. Sewaktu aku sekeluarga makan angin di kaki bukit. Aku bersama anakku, Bahri bersiar-siar di kedinginan malam sekitar pukul 10 malam. Aku memerhati di kejauhan keindahan lampu bandar yang halus. Tidak lama kemudian isteriku muncul bersama segulung tikar dan bekalan makanan. Aku membaringkan diri di atas tikar sedang isteriku sekadar bersimpuh. Sedang Bahri menjamah sandwich telur. Mulut 5 tahunnya tidak mudah untuk menggigit roti. Aku tertawa kecil melihatnya.

"Tengok~.. Lily, kesian tengok Bahri.. Mulut dia tak cukup besar.. Tak muat nak masuk.. Hik hik..".
"Teruk la ayah ni.. Gelakkan pulak.. Hik hik..", isteriku, Laiyla tertawa kecil sambil menutup mulut.
"Meh sini !.. Ayah tolong penyekkan".

Aku meletakkan sandwich yang bergigi-gigi itu di atas pinggan polisterin dan aku penyekkan dengan sepiring pinggan lagi.

"Nah!..", aku memberikannya pada Bahri.
"Tapi Ayah.. Dah lembik roti ni..", Bahri menunjuk roti yang sudah meliuk.
"Wah~.. Ayah, cantiknya.. Bahri tak pernah tengok bulan..", Bahri bingkas bangun sambil di tangnnya masih memegang roti.

Awan berarak beransur-ansur memberi ruang untuk Sang Purnama menyinari dengan kerahmatan daripada Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat. Aku benar-benar tidak menyangka bahawa malam itu malam punama. Aku memicit jam tanganku dan ia benar-benar menunjukkan 15 haribulan Syawal. Aku mengajarkan anakku dengan kalimah kesucian "Fatabarokallahu ahsanul khooliqiin".

"Ayah~.. Kenapa bulan bulat Ayah?..", Bahri tiba-tiba mengajukan soalan.
"Sebab.. Dah Allah ciptakan macamtu..", aku tergamam dengan soalan itu.
"Cuba Bahri bayangkan bulan bentuk bintang.. Macam mana nak raya..", tiba-tiba terpacul perkataan itu daripada mulutku.
"Taklah ayah.. Bulan macam hati, bulat maknanya sempurna.. Hati kenalah macam tu.. Tak boleh putus asa, terima semuanya dengan positif.. Barula cantik.. Allah sentiasa kurniakan apa yang baik untuk kita..", bait ayat Bahri seumpama kerasukan roh wali sufi.
"Whoa !.. Ni ke ana aku ?!.. Masya'Allah..", aku bermonolog di dalam hati.
"Pandainya anak ayah.. Dah boleh jadi ustat ni..".
"Ayah Shin Chan yang cakap macam tu.. Bahri tiru je..", rahsia terbongkar.
"Ayah Shin Chan cakap cam tu ?!..", aku agak kehairanan.
"Taklah.. Ayat yang belakang tu Ustazah kat tadika ajar..", rupa-rupanya Bahri mengcopy-paste ayat yang didengarinya.
"Dahlah ayahnya.. Bahri nak makan tu..", Lily di belakang memotong stim.
"Hah.. makan tu jangan lupa baca doa..", aku sempat berpesan.
"Ha alah.. Bahri lupa.. Bismillahirrahmanirrahim.........".
".............".
".............".

Kenangan lampau masih indah. Dan ianya pasti lebih indah jika bisa disentuh sekali lagi. Namun kenangan lalu hanya mampu dikenang tanpa bisa diunduri. Kembali aku bersemangat bila teringat kata-kata Bahri. Semuanya harus diterima dengan positif. Sekali lagi kuulangi, aku harus bangkit dengan segala kepositifan. Dan perkara itu akan sentiasa kuulangi, AKU HARUS BANGKIT DENGAN SEGALA KEPOSITIFAN.


Monday, November 10, 2008

: : Bagai Melepaskan Bersin Di Tangga : :

Pasti sebelum ini anak-anak sering mendengar peribahasa "bagai melepaskan batuk di tangga". Tetapi, pada kali Pak Cik Berlipur Lara membawakan suatu peribahasa yang baru serta lebih kontemporari. Kisah Bahri memang sesuai untuk anak-anak ambil iktibar daripadanya :~

Pada zaman dahulu, tinggallah Bahri sekeluarga di sebuah kampung terpencil yang di beri nama Kampung Telur Mata Kerbau. Bahri pada ketika ini berumur sepuluh tahun. Seluruh Kampung Telur Mata Kerbau berada di bawah naungan Sultan Syeikh Mahzufar Shakiriin. Suatu hari, Bahri merantau ke Nagara Arab untuk mempelajari Ilmu Agama. Lapan tahun sudah berlalu, Bahri pulang ke Kampung Telur Mata Kerbau. Kedua-dua orang tuanya mati kerana dibunuh perompak setahun sebelum Bahri pulang. Selepas itu, Bahri menyara diri dengan menjadi Ustaz untuk mengajar orang-orang di kampungnya. Pada suatu hari, penasihat diraja telah mati kebuluran kerana tercekik tulang ayam. Sejurus kematian penasihat itu, Sultan terus mengumumkan kekosongan pangkat bagi menggantikan Penasihat Diraja. Bahri serta merta telah dicalon untuk meraih tempat itu. Oleh kerana tiada orang lain yang dicalonkan, Bahri menang tanpa bertanding. Sultan mengarahkan Bendahara untuk membantu Bahri meyesuaikan diri dalam selok belok undang-undang diraja. Namun, Bendahara juga mati kebuluran kerana tercekik tulang ayam. Tinggallah Bahri sendiri untuk mempelajari selok-belok urusan istana. Aral melintang datang tanpa diundang, Kampung Telur Mata Kerbau telah diserang oleh pihak musuh. Sultan mengarahkan Bahri menjadi kepala angkatan tentera untuk melawan pihak musuh. Bahri juga mendapat tahu bahawa dalam kalangan mereka terdapat durjana yang membunuh kedua-dua orang tuanya. Bahri yang sedang mengalami tekanan dek urusan semasa dan pembunuhan Ibu Bapanya mengambil Peluang ini untuk melepaskan tekanan. Dengan kekuatan tentera seramai 30 orang, Bahri merempuh pihak musuh yang berjumlah 100 orang. Tentera Bahri berjaya menumpaskan 62 orang tentera musuh. Dengan kudrat yang masih tersisa, Bahri berjuang bermati-matian untuk mempertahankan kampungnya dan pada masa yang sama untuk membunuh balik orang yang telah meragut nyawa Ibu dan Bapanya. Bahri hanya mengalami luka di lengan. Selepas peristiwa itu, Bahri berjaya menumpukan perhatian untuk menabur khidmat pada Sultan. Seluruh naungan Sultan Syeikh Mahzufar Shakiriin berada di dalam keadaan harmoni.

Begitulah kisah Bahri. Mudah-mudahan, anak-anak mendapat manafaat daripadanya. Seperti mana yang Bahri alami kita perlu menyelesaikan suatu masalah yang membebani sepanjang hidup kita untuk menumpukan perhatian pada kerja yang kita lakukan. Kita perlu fokus untuk menuruni anak tangga. Namun, jika kita tidak melepaskan bersin yang tertahan, kita mungkin akan tergelincir atau jatuh. Tugas untuk menuruni anak tangga pasti dapat kita lalui dengan mudah sekiranya tiada gangguan.

AMARAN : dilarang menggunakan peribahasa ini di dalam karangan anda kerana markah anda akan ditolak sekiranya anda berbuat demikian.